30072018 : (ISNIN): Perginya seorang sahabat maya di facebook dan whatapp We Are Survivor: Hidayah
30072018 :
(ISNIN): Perginya
seorang sahabat maya di facebook dan whatapp We Are Survivor: Hidayah
Malam
tadi saya dikejutkan dengan respond wall yang begitu banyak di facebook. Rasanya dah lama saya tidak upload album foto
dalam fb. Persoalannya respond apa ye.
Terus tergerak untuk membacanya. Terkedu sebentar apabila di tag oleh
Zuriani Kamal, activist at Cancer Survivor Malaysia yang punya 5000 fb friend
Ya Allah, sekiranya telah sampai saat dan masa untuk Kau ambil nyawaku, matikanlahku dalam husnul khotimah. Aku tahu Kau memberi ujian hambaMu mengikut kemampuan masing-masing. Aku memohon kau kurangkanlah kesakitan yang kualami dan kupohon panjangkanlah usiaku untuk menunaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak serta dalam keadaan kesihatan yang baik untuk aku membuat kebaikan dan ibadah.
Allahuabar.
Hidayah
Mustapha, seorang Peguam Syarie di Kuantan yang pernah saya kenali empat tahun
dahulu melalui friend di fb. Sebagai
admin dalam Whatsapp Group yang saya nama e Are Survifor (WAS) yang mana
ahlinya terdiri dari Cancer Survivor satu Malaysia. Bermula dari beberapa
orang, ianya menjadi sehingga 50 orang yang mana saya menyimpan segala
background data untuk rujukan dan perkongsian kehidupan. Kami saling kenal mengenali dalam group
walaupun tidak semuanya aktif. Ada juga yang silent reader namun pengalaman
menghadapi dan berjuang menentang cancer ini menjadikan kami seperti ada satu
chemistry dalam kehidupan.
Pernah
satu ketika saya hubungi dan pm dengan Hidayah berkatan permasalah perundangan.
Melalui respon yang positif, saya rasakan Hidayah punya seorang yang begitu
baik, positif thinking dan amat membantu.
Allahuakhbar, seorang teman sekadar di maya terasa begitu dekat walaupun
dipisahkan oleh jarak. Keinginan untuk
berjumpa sesame kami ahli WAS memang sentiasa ada namun hanya masa dan
keizinanNya penentu segala.
Bagi
berjumpa mereka, saya ambil kesempatan sekiranya saya mengikut suami
outstataion atau sekiranya saya berada di satu-satu tempat, saya akan tanya
dalam group WAS untuk membuat temujanji.
Antaranya yang saya pernah berjumpa inperson bagi memberi motivasi ialah
Rohani di Manjung, arah… di Batu Pahat, .. di Penang dan beberapa orang lagi
yang saya tidak ingat semasa tulisan ini ditulis.
Oleh
itu semasa saya ke Kuantan tempoh hari, ada saya pm Hidayah untuk berjumpa dan
bertanya khabar, tetapi tiada balasan.
Hidayah,
seorang Cancer Survivor yang begitu
aktif satu masa di dalam Whatsapp yang pernah saya wujudkan atas saranan
zuriani, kerana Zu akan memberi lebih tumpuan dalam Group di facebook.
Hidayah,
seorang yang begitu tabah, sentiasa memberi semangat dalam kalangan kami yang
senasib dengan beliau, peramah dan antara CS yang melahirkan Piya, cahaya mata
yang dikandungkan eletelah beliau didiagnosed cancer.
Acap
kali juga group kami diceriakan dengan keletah Piya.
Setelah
bertahan selama hmpir setahun bersembng dlm group, kami terasa ikatan hubungan
kami lebih daripada hubungan adik beradik kerana berkongsi perasaan yang banyak
persamaan.
sungguh terkesan sajak tulisan beliau pada 1 april 2018
sungguh terkesan sajak tulisan beliau pada 1 april 2018
Allah
Maha Besar, kini Hidayah sudah kembali kepada PenciptaNya. Semoga rohnya
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin
Pemergiaan
arwah amat dirasai. Malah Zu sendiri pun sama.
Melihat
status respond dalam fb pun banyak yang memuji tentang sikap dan kebaikan
arwah. Begitulah, orang yang baik,
pemergiannya sentiasa disebut-sebut dan didoakan oleh saudara mara dan
rakan-rakan sekeliling.
Ya Allah, sekiranya telah sampai saat dan masa untuk Kau ambil nyawaku, matikanlahku dalam husnul khotimah. Aku tahu Kau memberi ujian hambaMu mengikut kemampuan masing-masing. Aku memohon kau kurangkanlah kesakitan yang kualami dan kupohon panjangkanlah usiaku untuk menunaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak serta dalam keadaan kesihatan yang baik untuk aku membuat kebaikan dan ibadah.
Bagaimanakah
nanti saya…. Semoga satu ketika bila Allah menjemput saya, Subhanallah.
Comments
Post a Comment