26072018 :Aktiviti mingguan NIP yasinan: rumah Kak Hasnah
26072018 :Aktiviti mingguan NIP yasinan: rumah Kak Hasnah
26.07.2018:Aktiviti mingguan NIP yasinan: rumah Kak Hasnah
Setelah meneman MJJ urusan hospital Habibah, .. kepala berdenyut-denyut. Saya kuatkan juga semangat memandu.
Alhamdulillah selesai majlis Yasinan
Kump Nur Indah Perdana (NIP) dan bersilatulrahim dalam kalangan jiranita Indah
Perdana dan Kg. Endah di Homestay Pn Hasnah/En Ibrahim, hari ini Khamis. Semoga
mendapat keberkatanNya dan doa Dimakbulkan
T.kasih Kak Hasnah dapat berkat dan juadah
yang begitu enak. First time makan pengat sukun+labu+sagu biji hasil tanah Ida
yang begitu sedap. Boleh ulang ni.
Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha Mengetahui. Ada hikmah disebalik perancangan untuk memetik rambutan di rumah pusakan. Malangnya di saat-saat akhir terpaksa dibatalkan kerana Husaini tidak dapat meneruskan mencatas kerana ada kecemasan saudara sakit. Oleh itu ditangguhkan ke hari lain. Tiasa rezeki waris JR dan kekawan NIP untuk membantu mengutip.
Rezeki Allah sentiasa melimpah ruah
hari, dapur tidak berasap. Yati kawan Ros memberi cendewan kelapa sawit. Cendawan ini perlu dimasak dalam tempoh
sehari dua jika tidak disimpan di peti ais.
Memandangkan seharian ini dizziness kepala belum hilang lagi, walaupun 4
biji paracetamol telah diambil, saya tidak lalu masak. Oleh itu saya telah
upload dalam whatssap NIP dan Alhamdulillah ada yang berkenan. Semoga pahala berpanjangan kepada yang memberi
dengan memanjangkan sumbangan tersebut.
Comments
Post a Comment