31.07.2018: (Selasa): booking tiket ke Padang dan maybank2U
#togethertilljannah (foto 31.07.2015 di Aberythwyth, UK) |
31.07.2018: (Selasa): booking tiket ke Padang dan maybank2U
Empat tahun lalu pergerakan saya ke
Padang ditemani oleh Hafiz. MJJ tidak
dapat turut serta kerana urusan tugas.
Kelmarin, K.Yenny, jiran di Putrajaya
maklumkan yang beliau dan suami akan balik kampung sebulan. Mengetahui perkara ini, MJJ ingin turut serta
bagi 4-5 hari. Sehubungan itu, nampak
gaya saya kena mencari tarikh-tarikh yang sesuai kerana khuatir bertembung
dengan Hari Raya Aidiladha.
InsyaAllah kali ini semoga diberi
kesihatan yang baik untuk merasa perjalanan bersama suami ke Padang dan ke
rumah K.Yenny dan Pak Agus di Paya Kumboh, Bukit Tinggi. Semoga Dipermudahkan.
Syukur juga tempoh hari telah belajar
dan daftar Maybank2U di Maybank Banting setelah 7 tahun tidak menggunakannya
kerana terlupa password. Kini kurang
sikitlah keperluan untuk mencari bantuan bagi urusan perbankan samaada di bank
atau di ATM. Syukur, Nikmat apakah yang ingin kamu dustakan. Subhanallah.
Comments
Post a Comment