29072018 : Hasmadi, Hamsini, Hanna dan Hannis datang ke Villa MJJana
#mjjana togethertilljannah (foto 29.07.2015 di Masjib Biru, Turki) |
29072018 : Hasmadi, Hamsini, Hanna dan Hannis datang ke Villa MJJana
Dah hampir dua minggu nama Hamsini
sentiasa meniti di bibir MJJ. Malah bukan dua
minggu ini sahaja, malah ada
kalanya adik ipar nombor 10 ini ada juga hadir dalam bait-bait sembang kami
sekeluarga atau berdua.
Adik yang pernah tinggal dengan kami
semasa di Segambut tahun 90an dahulu.
Semasa itu beliau masih belajar dalam Tingkatan 6 di Kuala Lumpur.
Beliau antara adik ipar perempuan
yang saya kenali rapat semenjak berumah tangga.
Mana tidaknya, semasa kami di alam pertunangan pun dah kerap berkunjung
ke asrama tempat tinggal Hamsini iaitu di Asrama Toh Puan Norashikin di Kg.
Pandan. Semasa itu bliau blajar di Sek. Menengah Convent Bukit Nanas.
Sehinggalah hendak berumah tangga pun, apa lagi MJJ jugalah menjadi rujukan
untuk pandangan dan nasihat.
Alhamdulillah kini telah semakin
mengembang (seperti diri ini) kerana dijaga dan diberi makan oleh suami bernama
Hasmadi. Semoga terus bahagia bersama suami dan empat orang cahayamata
tercinta.
Berbalik kisah Hamsini ini, beliaulah
antara beberpa orang yang saya kenali yang mempunyai lessen memandu tetapi
tidak mahu memandu kerana beberapa factor. (saya akan masukkan input ini
kemudian.)
Alkisah Hamsini yang disebut-sebut
oleh MJJ ialah kerana beliau belum lagi merasai rambutan di rumah pusaka
semenjak dua kali dipetik. Sehingga ada satu malam, dik asyik mengingatkan adik
beradik yang lain yang belum merasa, MJJ berusaha menyimpan rambutan-rambutan
yang dipetik di dalam peti ais. Dijadikan cerita sehingga terluka jari telunjuk
ketika mengasingkan buah rambutan dari tangkai agar tahan untuk dinikmati
bersama adik beradik.
Kesihan, sedih dan lucu pun ada
mengenang peristiwa malam itu. Itulah
pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang abang, salah seorang ahli dalam
sebuah keluarga. Susah payah semenjak kecil dirasai bersama. Hubungan saudara,
walaupun ada kalanya bermasam muka dan bertikam lidah, namun di hati kecil
tetap tersimpan kasih sayang. Air dicincang tidak akan putus. Semoga
silatulrahim antara kami berterusan hingga ke jannah.
Terima kasih juga kepada Hasmadi dan Hamsini kerana sudi berpatah balik untuk menjenguk kami setelah diminta berulang kali oleh MJJ untuk mengambil rambutan itu sedangkan mereka telah sampai ke Morib untuk balik ke rumah mereka di Jalan Kebun. Ini kerana rambutan itu memang telah disimpankan untuk keluarga mereka setelah penyimpanan di musim memetik kali pertama rosak kerana tidak dapat diambil.
Hari ini juga kami tidak menjangka mereka balik kampung kerana ketika itu kami sedang menghadiri wedding di rumah Kg. Endah, tidak membaca whatsapp.
Alhamdulillah dalam sembang petang
kami baru difahamkan Hamsinilah saksi utama melihat MJJ menanam rambutan. Semasa itu beliau masih kecil dan hanya teman
melihat sahaja kerana belum mampu menolong. Dan dalam masa yang sama menurut
MJJ, perbuatan menanam pokok rambutan itu ada jua ditegah oleh arwah ibunya
kerana disyorkan agar menanam pokok kopi seperti kebiasaan yang dilakukan oleh
masyarakat persekitaran sewaktu itu. Kini Alhamdulillah ramai yang dapat
menikmati bersama. Walaupun tanah itu kini milik adik beradik yang lain, kami
hanya membantu urusan mencantas untuk diagih-agihkan nikmat buahnya
bersama-sama adik beradik, saudara mara, sabahat handai dan jiran tetangga.
Semoga pahala memberi dapat berterusan dan turut menjadi bekalan di akhirat nanti. Semoga pemilik tanah juga memberi keizinan
dengan penuh keikhlasan agar pahala yang diharapkan tidak menjadi sebaliknya,
InsyaAllah. Amin
Comments
Post a Comment