27072018 : Perginya cucu saudara kerana kemalangan jalanraya, Haziq anak Ety jamilah
27072018 : Perginya cucu saudara kerana kemalangan jalanraya, Haziq
anak Ety jamilah
Di subuh pagi Jumaat, pagi yang mulia
di hari yang baroqah ini, saya dikejutkan dengan berita dalam Whatsapp Group
keluarga.
Kemudian saya melihat WA status dalam group Embah Kusnan pula
“Dengan nama Allah....Dukacita dimaklumkan... anakanda saya, haziq Muhammad Husaini bin Razif telah kembali kerahmatullah sebentar td kerana kemalangan.
Allahhuakbar. Kau lebih mengetahui
segala. Semoga Ety (anak saudaraku) yang
aktif dalam urusan mengujudkan silatulrahim dan salasilah keluarga Embah Kusnan
sekali gus menjadi duta keluarga Embah Kayat, terus tabah dan kuat semangat
dengan ketentuannya.
Dalam satu group SS pula dinyatakan
tentang petikan gambar fb.
Subhanallah. Terharu membaca status
dari Ety Jamilah di atas pemergiannya anak sulungnya.
Tetiba lemah longlai kaki ku kerana
berturut-turut dalam minggu ini ada sahaja kematian saudara mara dan kenalan. Kematian tidak mengenal usia dan tahap
kesihatan.
Semua rahsia Allah. Bila Kun fayakun,
jadi maka jadilah. Tidak terlewat sesaat pun.
Mengimbau kenangan bersama arwah
Haziq empat tahun lalu ketika mengadakan majlis Tautan Kasih Embah Kusnan di
Bukit Jugra, arwah antara salah seorang yang begitu aktif membantu dalam
pelancaran majlis tersebut.
Arwah baru lepas SPM. Saya selaku MC bidan terjun ada juga
mengadakan temubual dengan anak-anak remaja lepasan SPM dan beliau begitu
bersemangat dengan misi yang begitu positif. Malah beliau antara remaja yang
sukarela menawarkan diri untuk aitiviti-aktiviti kemasyarakatan keluarga.
Setahun selepas itu saya difahamkan
oleh Ety, arwah mengambil jurusan pengajian urusan haji Jemaah Arab Saudi di
Bangi. Bagua kursus itu saya kata kerana
tidak ramai anak Malaysia yang jadi mengambil kursus sedemikian dan boleh
menjadi mutawif kepada Jemaah haji.
Aidilfitri baru-baru ini ada juga
kami bersembang tentang kursus yang diambil oleh arwah bersama Ety dan ibu Ety,
Kak Jamilah semasa kami menziarahi Kak Jamilah di rumahnya.
Tapi itu semua tinggal kenangan.
Semoga Ety terus cekal dan dikuatkan semangat.
Satu-satunya anak lelaki, anak sulong yang telah kembali kepada
penciptanya. Ini semua ujian untuk Ety sekeluarga. Kita semua tidak terkecuali. Ingat Ety, Allah menguji hambaNya mengikut
kemampuan masing-masing.
Untuk ziarah hari ini saya belum
cukup kuat. Kebetulah dari semalam saya
mengalami sakit yang teramat sangat. Hanya pil penahan sakit yang mampu saya
ambil disamping membaca
AlQuran sebagai teraphy dan
penyembuh.
Ya, Allah tempatkanlah arwah dalam
kalangan para solihin dan kuatkanlah semangat keluarganya menempuh ujianMu.
Amin.
Comments
Post a Comment