27072020 : EPISOD 7 ROHANA (MJJANA) CARI RAWATAN ALTERNATIF KANSER, TETAP TERUSKAN RAWATAN HOSPITAL: ESOK MASIH ADA Selepas dimaklumkan situasi dan cadangan rawatan seterusnya,, saya diberi cuti sakit. Hampir seminggu saya menyendiri, Mengurung diri dalam bilik merenung tidak mahu diganggu untuk bermuhasabah diri mengenang nasib yang menimpa. Membayangkan masa depan anak-anak, suami. seribu satu macam perasaan melanda diri. Bekalan diri untuk menemui Allah pun belum mencukupi. Sejujurnya saya belum bersedia. Sekejap menangis, sekejap ketawa, benar-benar tidak mampu mengawal emosi pada masa itu. Hilang self confident dan self esteem untuk berjumpa sahabat handai dan officemate, tidak bermaya mengangkat telefon dan hilang selera makan. Satu pagi di subuh yang hening, Allah memberi saya petunjuk. Apa kata setelah melalui phasa tidak percaya akan takdir dan ujian ini iaitu DENIAL, saya bangkit. Maklumkan orang-orang terdekat, saudara mara dan sahabat handai kot-kot mereka boleh me...