26072020 : EPISOD 6 APA KATA PAKAR TENTANG KANSER ROHANA (MJJANA) CONFUSE, DENIAL, HANYA PADA ALLAH TEMPAT MENGADU

26072020 : EPISOD 6 APA KATA PAKAR TENTANG KANSER ROHANA (MJJANA) CONFUSE, DENIAL, HANYA PADA ALLAH TEMPAT MENGADU




Selepas dimaklumkan bahawa cell cancer di badan saya masih belum dijumpai puncanya (unknown primary). Umpama kejadian MH370. Keesokannya saya sudah tidak boleh tumpu pada kerjaya, masa itu sedang berkursus P52. Perlukah saya mengikuti kursus ini sehingga tamat. Apakah matlamat / benefit kursus ini pada saya kalau saya tidak boleh memberi tumpuan. Kalau ye pun saya dapat mengikuti kursus ini sehingga tamat, adakah saya masih boleh menumpukan pada kerja. Setiap saat terfikir tentang penyakit itu. Saya benar-benar confuse dan of course denial. Apakah benar kata doctor..Masih tidak percaya. Mungkin silap testimony, mungkin silap report, mungkin.. dan mungkin.. fuh…Ya Allah… Kau permudahkanlah urusanku. Segalanya berlegar di kepala dan keesokannya saya maklumkan IBU (organiser kursus) 24 Mac 2014 : CT Scan untuk check sejauh mana kedudukan cell itu. Subhanallah. Ia menunjukkan ia adalah skin canser malah dikatakan telah merebak ke beberapa bahagian iaitu limpa, tyroid, fibroid dan inguinal. Masa itu, speechless. Dipertemukan dengan empat orang doctor pakar iaitu Dr. Sadhana (surgeon), Dr. Suhana Ishak (IKN) dan Dr. Mohamad Rafie Mohd. Kaslan, Pakar Patology Hospital Putrajaya dan mengesahkan keputusan biopsy tersebut. Buatkan temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Di tahap ini saya akur dengan ketentuan Ilahi. Saya yakin sahabat cancer survivor di luar saya pun bila dimaklum tentang penyakit itu, sudah tidak boleh memberi tumpuan pada kerja. Apa yang terbayang di kepala …MATI. Saya belum bersedia waktu itu. Ya Allah, padamu tempatku mengadu. Berapa lama tempoh untuk saya hidup. Wallahualam. Sesungguhnya kita hanya hamba yang kerdil dan lemah dan dunia ini hanya pinjaman semata.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang