06072020 : JALAN-JALAN CARI MAKAN SELEPAS PKP
Buat pertama kali kami keluar untuk makan diluar setelah hampir empat bulan tidak makan diluar.
Sesekali promote bisness kawan. Roti canai yang gebu dan kurang berminyak.
Lontong pula begitu lazat apa lagi kalau dipadankan dengan sambal sotongnya.
Dua menu di atas adalah menu kegemaran saya.
Menu yang lain pun ada, jemputlah datang.
Saya belanja promosi sahaja, bayar masing-masing.
Kalau nak saya belanja, kena jemput saya di rumah dahulu dan pm dahulu untuk temujanji.
Kepada peminat lontong dan roti canai silalah datang ke Warong Wak Jemi di hadapan masjid Kanchong Darat untuk menikmatinya with
Jasman Jurami
#MJJana
Comments
Post a Comment