25072020 : EPISOD 5 TANDA AWAL KANSER METASTATIC MALIGNANT MELANOMA STG4 ROHANA (MJJANA) TAKUT MATI, BIOPSY RESULT

25072020 : EPISOD 5 TANDA AWAL KANSER METASTATIC MALIGNANT MELANOMA STG4 ROHANA (MJJANA) TAKUT MATI, BIOPSY RESULT



kronologi penyakit saya adalah seperti berikut: 13 Nov 2013 : terjumpa small lump di kelangkang kiri. Saya perasan masa mandi. Memandangkan ia tidak sakit, tidak hiraukan, teruskan dengan jadual kehidupan saya yang bekerjaya, yang mana masa itu saya sudah menempah tiket untuk ke New Zealand dan Vietnam. Malas nak fikir tentang symthom itu sebab tidak sakit, ingat ketulan biasa sahaja. Balik holiday awal tahun hadapan nanti baru nak jumpa doctor. Itu yang datang ke fikiran saya; 13 Feb 2014 : Biopsy di Hospital Putrajaya dan result 7 hari selepas itu. Teramat sebok dengan pelbagai schedule dan KPI kerja saya skip tarikh appointment untuk ambil result. Sehinggalah setelah lewat dua minggu, Dr.Sadhana (surgeon yang kebetulan jiran di Putrajaya) datang maklum. Sebelum itu beliau call kenapa tak ke hospital.. Antara yang beliau maklumkan ialah: result biopsy tempoh hari ialah ada cell Metastatic Malignant Melanoma (3M). Stage: 4 Speechless.. apa itu MMM. Setelah beliau balik, malam itu saya mula google, tertanya-tanya.. apaapa pun namanya …Melanoma ialah cancer. Metastatic agresif.. . Malignant… sejenis penyakit kulit. Innaliwainalrojiun. Itulah buat pertama kali saya berasa begitu takut… sedih, nangis. Pelbagai persoalan di kepala. 4W, 1H. Betul ke. Berapa lama aku akan hidup. Bagaimana perasaan saya apabila dimaklumkan keputusan biopsy, memang speechless. Saya dapatkan maklumat lanjut daripada Google, yang memang menakutkan. Saya meneruskan mencari tanda-tanda awal. Sejujurnya saya memang takut mati kerana belum bersedia. Subhanallah, Allah menguji hambaNya mengikut kekuatan hambaNYa. Insyaallah saya kuat. Think positive. Sharing is sedekah. :)

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang