27072020 : EPISOD 7 ROHANA (MJJANA) CARI RAWATAN ALTERNATIF KANSER, TETAP TERUSKAN RAWATAN HOSPITAL: ESOK MASIH ADA

27072020 : EPISOD 7 ROHANA (MJJANA) CARI RAWATAN ALTERNATIF KANSER, TETAP TERUSKAN RAWATAN HOSPITAL: ESOK MASIH ADA






Selepas dimaklumkan situasi dan cadangan rawatan seterusnya,, saya diberi cuti sakit. Hampir seminggu saya menyendiri, Mengurung diri dalam bilik merenung tidak mahu diganggu untuk bermuhasabah diri mengenang nasib yang menimpa. Membayangkan masa depan anak-anak, suami. seribu satu macam perasaan melanda diri. Bekalan diri untuk menemui Allah pun belum mencukupi. Sejujurnya saya belum bersedia. Sekejap menangis, sekejap ketawa, benar-benar tidak mampu mengawal emosi pada masa itu. Hilang self confident dan self esteem untuk berjumpa sahabat handai dan officemate, tidak bermaya mengangkat telefon dan hilang selera makan. Satu pagi di subuh yang hening, Allah memberi saya petunjuk. Apa kata setelah melalui phasa tidak percaya akan takdir dan ujian ini iaitu DENIAL, saya bangkit. Maklumkan orang-orang terdekat, saudara mara dan sahabat handai kot-kot mereka boleh membantu. Kemudian kalau masih tidak percaya, dapatkan 2nd opinion dan 3rc opinion di mana-mana hospital kerajaan atau swasta Kenapa saya perlu bersedih sangat. Jangan bandingkan diri saya dengan orang lebih sihat, riang bertenaga. Belum puas mengecapi nikmat kehidupan duniwai. Namun akur dengan janji Allahbahawa dunia ini pinjaman semata. Mati itu pasti, Cuma tidak tahu bila … Persoalan untuk meneruskan rawatan dan prosedur yang hospital cadangkan akan terjawab selepas mendapatkan beberapa pandangan kedua. Keputusan itu amat penting kerana selepas pembedahan buang sebahagian daripada anggota /organ badan kelak, tentu ada side effect. Kalau cell itu tiada lagi kerana dikatakan no primary (tidak tahu punca), sia-sia sahaja pembedahan itu. Kalaulau ada cell itu positif, banyak mana.. dimana dia merebak… Next prosedur pulak radioteraphy, chemoteraphy……Akan kehilangan rambut, fuh… tidak dapat bayangkan…akan sedih. Side effect pula kerana sebahagian dari lymph nodes telah dibuang, umpama tiada lagi saluran perparitan, tentu air akan teruske kaki. Salah satu ialah bengkak kaki jika tidak ditherapy. Anyway pendapat doctor adalah lebih baik kerana itu adalah kepakaran mereka. Ya Allah hanya kepadaMu aku berserah Kita ni bukan doctor, tiada pengetahuan dibidang itu. Terus mencari ilmu dari Mr. Google. Teringat kata-kata puan Zuraini dalam blognya: “Bukan semua orang dilahirkan dengan sifat positive, melalui kesakitan, kematian, akan alami kemurungan. Masa sakit lupa nak ketawa, nak ketawa pun takut sebab pikir nak mati.” Atas nasihat MJJ dan setelah berfikir habis, saya nekad untuk maklumkan boss, cuti sakit. Pejabat baru ialah di JPM: Dato’ Othman, Ketua Unit Integriti Sudah tidak boleh focus Cuti sakit sementara waktu. Pesanan mantan boss SPRM, Ketua Pesuruhjaya Abu Kasim Mohamed: Perubatan alternative apa sekali pun usahakanlah, tetapi rawatan hospital jangan dilupakan.” Tan Sri Abu Kassim Mohamed 24 Mac 2014

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang