08072020 : Birthday Ammar ke enam tahun

08072020 : Birthday Ammar ke enam tahun



Lumrah alam, cucu pertama biasanya menjadi cucu yang paling diingati dari segi wajah, nama, watak dan telatahnya dan kerap disebut-sebut namanya berbanding dengan cucu-cucu berikutnya. Tidaklah bermakna yang lain diabaikan, malah jika bertambah ramai, bertambah seri dan cerialah sesebuah keluarga esp siatuk dan nenek.
Ada kala penambahan cucu-cucu amat menceriakan suasana sesebuah keluarga yang telah lama tidak kedengaran dengan gelak tawa riuh rendah suara kanak-kanak.
Tetapi itulah hakikatnya, nama cucu pertama atau anak saudara pertama yang mudah lekat dalam ingatan tidak kira samada datuk, nenek, pakcik atau makcik mereka.
Tidak terkecuali kami, Ammar Daniel merupakan cucu pertama.
Lahirnya Ammar, semasa berpantang di rumah besan di Jerteh, turut memberi aura positif dan menguatkan semangat untuk turut menyambut kelahirannya di Hospital Kuala Krai sehari sebelum menjalani major operation dalam hidup saya.
Kini Ammar Daniel telah mencapai usia 6 tahun dan punya dua orang adik perempuan yang sihat, comel dan menghiburkan.
Semoga Ammar Daniel menjadi anak yang soleh, taat dengan suruhan agama, anak yang sentiasa disenangi, abang yang sentiasa menjaga adik-adiknya dan cucu yang sentiasa menggembirakan semua orang disekeliling dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amiin...

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang