30042020 : (Jumaat) 2020, KRISIS KEPIMPINAN-PANDEMIK COVID-19, Peperangan, Bala atau Angkara
30042020 : (Jumaat) 2020, KRISIS KEPIMPINAN-PANDEMIK COVID-19, Peperangan, Bala atau Angkara Penulis: Muhamad Jasman Jurami Menghadapi corona virus atau COVID-19 adalah satu peperangan yang amat rumit lebih rumit daripada peperangan dunia kedua kerana musuh di depan mata tidak kelihatan. Realitinya, COVID-19 bermula di Wuhan, China pada penghujung 2019. Pada awalnya, semua negara termasuk Malaysia menganggap COVID-19 suatu perkara mudah. Pelancong-pelancong dari negara China dibenarkan masuk, sebahagiannya membawa virus tersebut serta ada yang meninggal dunia di negara ini. Namun, keadaan masih terkawal. Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2020 terdapat perhimpunan besar Jemaah Tabligh dikatakan dihadiri kira-kira 16,000 orang dari pelbagai negara di Masjid Jamek, Seri Petaling, Selangor. Daripada jumlah tersebut, 14,500 dari Malaysia. Pada ma...