28042020 : PEMERGIAN FARIT ISMETH EMIR – MUTIARA KATA


28042020 :  PEMERGIAN FARIT ISMETH EMIR – MUTIARA KATA
Antara MUTIARA KATA Farit Ismeth Emir selepas bacaan berita
1.    Jangan kesal kalau anda tersesat jalan, sekurang-kurangnya anda menemui tempat baru atau jalan baru dalam pengembaraan anda.

2.    Tidak perlu menjelaskan siapa diri anda kepada orang yang tidak suka anda, dan tidak perlu memberi keyakinan kepada orang yang tidak mempercayai anda, yang penting jelas dan yakinlah dengan diri anda sendiri

3.    Apabila anda ditimpa musibah, bersabarlah, Tuhan sentiasa menguji kesabaran anda yang pasti ada ganjarannya jika anda bersabar

4.    Bukanlah kesabaran namanya kalau masih mempunyai ukuran, dan bukan keikhlasan namanya kalau masih mahukan balasan.

5.    Kerisauan tidak akan membawa pergi masalah hari esok, tapi ia akan melenyapkan kedamaian hari ini

6.    Apa sahaja yang anda lakukan, buruk atau baik, bagi orang lain sentiasa ada ruang untuk mencerca anda

7.    Apalah erti tahun baru jika tanpa semangat tahun baru

8.    Jangan hina permulaan seseorang kerana kita tidak tahu pengakhirannya

9.    Ada orang hanya pandai bercakap, dan ada orang hanya pandai bekerja. Oleh itu tidak semua yang pandai bercakap pandai juga bekerja

10.                       Orang yang sombong bagaikan orang yang berdiri dipuncak gunung, dia melihat orang lain kecil, sebaliknya orang lain juga melihat dia kecil

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang