27042020 : COVID 19 : KOMUNIS CHINA CEROBOH NEGARA ?
27042020 : COVID 19 :
KOMUNIS CHINA CEROBOH NEGARA ?
Penulis; Muhamad
Jasman Jurami
Ketika negara bertungkus lumus memerangi Covid 19 ,
musuh yg tidak kelihatan drp Wuhan
China, dilaporkan
sebuah kapal
Kerajaan China bernama Haiyang Dizhi 8 ,diiringi lapan hingga sepuluh buah
kapal maritim serta sebuah kapal perang China telah menceroboh zon eksklusif
perdagangan (EES) Malaysia di Laut China Selatan.
Mereka telah
menggangu West Capella, sebuah kapal Petronas yang sedang menjalankan operasi
penggalian minyak.
Jika laporan
tersebut benar, Kerajaan Malaysia wajib
bertindak mempertahankan hak kedaulatan negara dan mengecam pencerobohan China di samping terus memerangi Covid 19.
Terdapat juga laporan beratus ribu pelancung warga
negara China dan India tiada rekod meninggalkan negara ini, mereka tidak pulang
ke negara asal setelah tamat tempuhnya. Jika benar, kini mereka adalah
pendatang asing tanpa izin.(PATI).
Pada masa sama terdapat laporan kehilangan berjuta
MyKad (kad Pengenalan)dan terbongkar sindikit yg mengeluarkan MyKad Palsu.
Ini amatlah membimbangkan.
Kemanakah
perginya MyKad tersebut.? Apakah mungkin jatuh ke tangan pendatang tanpa izin .
Belum selesai isu yg hadapi timbul pula isu
pelarian Rohingya yg beberapa tahun lalu
diselamatkan dari kekejaman Tentera Myanmar (Burma), kini dikatakan membuat kekecohan, meminta pelbagai, tidak
mematuhi PKP dan perundangan. Bagaikan melepaskan anjing tersepit, kacang lupakan
kulit dan diberi betis hendak peha.
Semoga negara terus aman , Kerajaan dan para
pemimpinya wajar bertindak.
Perairan Laut China Selatan bukan hakmilik China
seluruhnya.
Hak dan kedaulatan Malaysia wajib dipertahankan dan
rakyat dibela.
Jangan sampai kera dihutan disusukan,anak di rumah
kelaparan.
Harapkan pegar,pegar makan padi.
Cari dan hukum dalang, petualang bukan kambing hitam.
Putuskan Rantaian Covid 19, Patuhi PKP, Stay at home.
"Kita jaga kita"
Penulis; Mantan Pegawai Tadbir &
Diplomatik (PTD) dan Guru.
MJJ, Banting
27 April 2020
Comments
Post a Comment