30042020 : (Jumaat) 2020, KRISIS KEPIMPINAN-PANDEMIK COVID-19, Peperangan, Bala atau Angkara
30042020 : (Jumaat) 2020, KRISIS
KEPIMPINAN-PANDEMIK COVID-19, Peperangan, Bala atau Angkara
Penulis: Muhamad Jasman Jurami
Menghadapi
corona virus atau COVID-19 adalah satu peperangan yang amat rumit lebih rumit
daripada peperangan dunia kedua kerana musuh di depan mata tidak kelihatan.
Realitinya, COVID-19 bermula di
Wuhan, China pada penghujung 2019. Pada awalnya, semua negara termasuk Malaysia
menganggap COVID-19 suatu perkara mudah.
Pelancong-pelancong dari negara
China dibenarkan masuk, sebahagiannya membawa virus tersebut serta ada
yang meninggal dunia di negara ini.
Namun, keadaan masih terkawal.
Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2020
terdapat perhimpunan besar Jemaah Tabligh
dikatakan dihadiri kira-kira 16,000 orang dari
pelbagai negara di Masjid Jamek, Seri Petaling, Selangor. Daripada jumlah
tersebut, 14,500 dari Malaysia.
Pada masa yang sama, berlaku krisis kepimpinan negara, langkah
Sherathon yang berakhir dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri ke- 7, Pengerusi BERSATU dan
tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan yang berusia belum mencapai dua tahun.
Atas budi bicara dan kebijaksanaan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
mengambil kira sokongan majoriti anggota Parlimen Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin
dilantik sebagai Perdana Meteri Malaysia ke-8.
Tan Sri Muhyiddin, presiden BERSATU
mendapat sokongan UMNO-BN, PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan pemimpin PKR
yang telah dipecat membentuk Perikatan Nasional.
Bagaimanapun,
belum sempat Parlimen bersidang,
negara dikejutkan dengan Pandemik
covid-19.
COVID-19 telah dikesan tersebar luas daripada kluster yang mempunyai
sejarah menyertai perhimpunan Jemaah Tabligh di masjid Jamek,Seri Petaling.
Pesakit Covid 19 akan menghadapi masalah
pernafasan dalam tempoh 14 hari. Pesakit mempunyai Simptom demam, batuk, sesak
nafas, sakit badan dan sakit kepala. Penyakit boleh merebak melalui titisan air
daripada batuk dan bersin daripada orang yang dijangkiti.
Seperti negara lain, Y.AB.Tan Sri
Muhyiddin Yasin, Perdana Menteri telah mengishtiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Walau
bagaimanapun, PKP dilanjutkan kepada fasa kedua sehingga 14 April 2020.
Kerajaan telah mengarahkan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Angkatan tentera Malaysia dalam menguat kuasakan PKP. Dari
semasa ke semasa, YAB Perdana Menteri, Menteri-menteri kanan dan Ketua Pengarah
Kesihatan membuat pengumuman tentang
usaha dan tindakan dalam menangani COVID-19 dan perkembangan kes.
PKP bertujuan untuk membendung atau memutuskan
rantaian jangkitan COVID-19. Semasa PKP, sekolah, Universiti, kebanyakan
pejabat kerajaan dan swasta serta kedai ditutup.Rakyat dikehendaki duduk di
rumah, just stay at home ,tidak dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan,
aktiviti sosial, berkumpul,beriadah di luar dan tidak dibenarkan solat Jumaat,
pertama kali dalam sejarah. Rakyat yang baru pulang dari luar negara
dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari.
Sungguhpun
PKP untuk tujuan kebaikan bagi
memutuskan rantaian covid-19, namun ianya amat terkesan kepada rakyat dari segi ekonomi terutama golongan B40.
Sebilangan rakyat, kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Y.A.B. Tan
Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri telah berdoa dan melancarkan Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM 250 bilion pada 27
Mac 2020 dan pekej Prihatin tambahan bernilai RM 10 bilion pada 6 April 2020.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan
bebanan dan kesulitan rakyat semua golongan yang perlu disegerakan
walaupun belum dibentang di Parlimen. Antaranya, Internet percuma kepada semua
pelanggan dan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai
secara ‘one off’ yang disalurkan kepada kumpulan M40 yang terdiri daripada
pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan dan peniaga kecil.
Pandemik COVID-19 amat
membimbangkan dan perlu ditangani sebaiknya memerlukan penglibatan semua pihak
walaupun berbeza fahaman politik daripada pucuk pimpinan kerajaan sehingga ke
peringkat kampung, ketua kampung dan AJKnya.
Rakyat seluruhnya perlu bekerjasama
untuk mematuhi arahan PKP dengan duduk di rumah kecuali atas perkara yang amat
mustahak tidak dapat dielakkan.
Kerajaan perlu memastikan bekalan
makanan mencukupi, tidak terputus dan harganya tidak melambung tinggi. Wang
tidak bermakna sekiranya keperluan
bekalan makanan tidak diperolehi
mengakibatkan krisis boleh bertambah serius termasuk peningkatan berlaku
jenayah.
Bantuan bekalan makanan daripada
Kerajaan dan NGO amat diperlukan. Bagaimanapun, ianya perlu dilaksanakan
mengikut kaedah dan sasaran yang betul. Sebagai contoh bagi bantuan kepada
penduduk kampung, Ketua Kampung dan AJK nya harus memainkan peranan agar
melancarkan perlaksanaan,tidak menyulitkan.
Harus diingat, PKP yang terlalu ketat telah
menyukarkan rakyat untuk membeli barangan makanan. Justeru ketika itu bantuan
makanan harus diterima oleh semua penduduk yang terlibat tanpa mengira
perbezaan taraf ekonominya.
Tindakan kerajaan memberi kebenaran
kepada para petani dan nelayan untuk
meneruskan kerja dalam tempoh PKP adalah amat wajar bagi memastikan negara
tidak terputus bekalan makanan. Bagaimanapun, mereka harus mendapat kemudahan
pelindungan daripada jangkitan wabak.
Fama atau NGO harus membantu
membeli hasil tanaman dan tangkapan ikan
dan diedar kpd pengguna dengan pelbagai cara termasuk melalui atas talian.
Kerajaan juga harus memberikan
kebenaran kepada pekerja kebun atau ladang sawit dan Kilang sawit dibenarkan
meneruskan operasi dengan SOP yang ditetapkan.
Penduduk kampung yang masih
mempunyai tanah di belakang rumah harus memanfaatkan sepenuhnya untuk bercucuk
tanam supaya dapat mengeluarkan hasil makanan sendiri seperti ubi
keladi,pisang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Rakyat harus berjimat-cermat dari
segi perbelanjaan dan bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi global.
Kerajaan telah membenarkan
pengeluaran wang daripada akaun kedua KWSP. Namun ianya hanya perlu dibuat jika
amat terdesak dan tiada pilihan. Harus diingat wang tersebut adalah untuk
simpanan masa tua.
Keputusan Kerajaan untuk
membekalkan topeng muka kepada rakyat
amatlah baik. Sehubungan ini, negara harus mengeluarkan sendiri topeng muka dan
cecair sanitasi tangan tanpa bergantung bekalan daripada negara luar.
Arahan PKP, duduk di rumah, ' Just
stay at home' perlu dipatuhi sepenuhnya dan setiap orang perlu menjaga
kebersihan diri. Namun ianya perlu ada aktiviti di rumah agar tidak menjemukan.
Realitinya
covid -19 adalah suatu krisis
Pandemik - wabak penyakit yang telah tersebar di seluruh dunia,juga suatu
peperangan yang amat ditakuti. Sehingga
7 April 2020 Pandemik Covic 19 , bala
tentera yang tidak kelihatan telah menyerang 183 negara, 1,351,011 orang dijangkiti,285,517 sembuh dan 74, 871
kematian. Sehingga tarikh yang sama di Malaysia
terdapat 3,963 kes,1,321 sembuh dan 63 kematian.
Justeru tindakan tegas anggota
polis dan tentera bagi memastikan rakyat mematuhi PKP adalah amat wajar. Namun
begitu, sasaran untuk menangkap dan memasukkan seramai mungkin rakyat yang
ingkar arahan PKP ke dalam tahanan seharusnya bukan menjadi keutamaan.
Sebaliknya yang menjadi sasaran adalah
memastikan rakyat mematuhi PKP.
Hanya mereka yang ingkar dan mempunyai
kesalahan lain sahaja yang harus ditangkap.
Tindakan polis menyaman orang yang
ingkar PKP terutama golongan remaja
adalah lebih baik berbanding mengenakan tindakan mahkamah dan
memenjarakan mereka yang akan menggelapkan masa hadapan,ianya bukan kesalahan jenayah. Kesesakan termasuk
di bilik-bilik tahanan akan lebih memudaratkan wabak covid 19.
Peranan para saintis amat perlu
agar mendapatkan penemuan ubat penawar atau anti virus yang boleh menghalang
penularan wabak covid -19.
Covid-19, suatu krisis pandemik
amat mencabar kepimpinan, Frontliner dan Pegawai2 kerajaan terutama KSU Kementerian.
Kita bersimpati dan amat berterima
kasih kepada Frontliner - Petugas Barisan Hadapan terutama Warga Kementerian Kesihatan - para doktor,
jururawat dan kakitangannya, PDRM, angkatan tentera dan pembekal bahan makanan,wartawandll yang
terpaksa terus beroperasi sepanjang PKP.
Peranan dan tanggungjawab mereka
amat mencabar.
Mereka juga ada keluarga yang perlu diselamatkan daripada jangkitan COVID
-19. Semoga mereka diberikan kekuatan,terus tabah dan sihat, dapat menjalankan
tugas sebaiknya sehingga rantaian pandemik COVID -19 dapat diputuskan dan
ditamatkan.
Sejarah mengingatkan 2020 kepada
wawasan Dr Mahathir Mohammad, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ke 4 untuk
menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Namun realitinya apa yang
berlaku kini apabila tiba tahun 2020 adalah berlaku krisis kepimpinan, COVID-19
dan PKP, ‘just stay at home’.
Apakah pandemik Covid-19 ini suatu
musibah, bencana, bala atau angkara negara besar dunia, sejarah akan
menentukannya. InsyaAllah.
Penulis; Mantan Pegawai Tadbir & Diplomatk ( PTD)
dan Guru.
MJJ, Banting Selangor,8 April 2020
Comments
Post a Comment