26042020 : (Isnin) PANDEMIK COVID-19 Food Security Strategi perang
26042020 : (Isnin) PANDEMIK COVID-19
Food Security Strategi perang
Food security (Sekuriti makanan) adalah strategi
peperangan termasuk perang menghadapi COVID-19 yang amat rumit kerana musuh
tidak kelihatan.
Sekuriti makanan secara mudah bermaksud apabila
individu,isi rumah atau semua rakyat boleh mendapat makanan yang cukup,selamat
dan berkhasiat untuk hidup sihat dan aktif.
Dalam
menghadapi Covid 19 , kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula 18 Mac 2020 dalam fasa pertama dan kini memasuki fasa ketiga
iaitu sehingga 28 April 2020. Rakyat yang baru pulang dari luar negara diarah
qurantin selama 14 hari. Seluruh rakyat dikehendaki mematuhi PKP walaupun kehilangan pekerjaan dan pendapatan serta tiada solat Jumaat bagi memastikan
rantaian COVID-19 terputus.
Dalam
mematuhi PKP, rakyat terutama warga emas yang menghadapi penyakit kronik
seperti sakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang yang masih memerlukan
rawatan di hospital secara rutin akan lebih terdedah dijangkiti COVID-19 jika
tidak berhati-hati.
Keputusan
kerajaan tidak membenarkan kedai rambut dan saloon beroperasi adalah amat
wajar. Biarlah rambut panjang, asal dapat mematuhi PKP. Jika perlu, isteri
boleh membantu memotong rambut suami.
Apa yang lebih penting, ialah rakyat dapat mematuhi PKP dan
pada masa sama adanya sekuriti makanan. Rakyat masih memerlukan bekalan makanan
sepanjang PKP. Justeru, amat mengecewakan sekiranya berlaku pembuangan hasil
pertanian ketika mana makanan diperlukan.
Kita bersyukur dan berterima kasih atas inisiatif kerajaan
seperti yang diumumkan YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat ( Prihatin) . Kerajaan memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk
bantuan kewangan kepada semua golongan terutama kumpulan B40.
Namun begitu,
wang tidak akan bermakna sekiranya bekalan makanan tidak mencukupi.
Justeru itu, kerajaan perlu memastikan bekalan makanan
mencukupi, tidak terputus dan boleh diperoleh oleh rakyat.
Bantuan drp wakil Rakyat, NGO,pihak Masjid dan warga
Prihatin mengedar bekalan makanan kepada penduduk kampung semasa PKP amat dihargai.
Sehubungan ini, petani, pekebun sawit, pesawah, penternak
dan nelayan amat wajar mendapat kebenaran Kerajaan untuk terus menjalankan
kerja dalam tempoh PKP dengan SOP yang sepatutnya.
Kementerian
pertanian melalui BERNAS dan FAMA harus mengambil inisiatif bagi memastikan
beras, hasil pertanian, tangkapan ikan, tenakan, daging lembu dan ayam tidak
terputus dan boleh dipasarkan. Penjualan
secara atas talian harus sebagai pilihan atau menjadi keutamaan.
Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Halehwal Pengguna ( KPDNHEP)
berperanan memastikan bekalan makanan tidak disorok dan harga berpatutan.
Sehingga 15 April 2020, Covid 19 yg berasal dari Wuhan China telah
menyerang 184 buah negara di seluruh dunia, melibatkan 1.93 juta kes dan
120 ribu kematian.
Di Malaysia
keseluruhan
kes 5,072 dan 83 kematian.
Justeru amat dibimbangi jika serangan
Pandemik COVID-19 berlanjutan, tidak terkawal, ia akan diikuti dengan
krisis kemelesetan Ekonomi Global.
Oleh yang demikian, rakyat perlu bersedia menghadapinya
dengan berjimat cermat dan yang tinggal di luar bandar perlu bercucuk tanam dan
menyediakan laman dapur, menanam buah-buahan,sayur- sayuran di belakang dan
sekeliling rumah untuk keperluan sendiri.
Bagi tujuan
tersebut, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) harus memainkan peranan dengan
memberi benih, baja dan sebagainya.
Semasa tempoh PKP ini, walaupun harga petrol menjunam,
namun ianya tidak dapat di manfaatkan oleh rakyat, ‘just stay at home’. Justeru
itu, keadaan alam sekitar dijangka lebih baik, udara lebih bersih kerana kurang pencemaran asap
kenderaan. Ini adalah antara
hikmah selain dapat berkumpul bersama keluarga.
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada barisan
kepimpinan negara, barisan hadapan (front-liner) terutama Doktor, jururawat, polis, tentera,
wartawan dan lain- lain dalam menghadapi peperangan menangani Pandemik
COVID-19.
Realitinya, food
security, (Sekuriti makanan) adalah
strategi utama dalam menghadapi peperangan termasuk ketika memerangi Pandemik
Covid 19 . Rakyat boleh selesa mematuhi PKP dengan bekalan makanan yang mencukupi.
Firman Allah Swt ;
ٱلَّذِىٓ أَطْعَمَهُم
مِّن جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْف
Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk
menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
( surah Quraisy, ayat 4 )
Penulis mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) dan
Guru.
MJJ Banting, Selangor
15 April 2020
Comments
Post a Comment