29042020 : (SIRI 1) COVID-19, KRISIS PANDEMIK, MENCABAR KEPIMPINAN DAN FRONTLINER NEGARA
29042020 : (SIRI 1) COVID-19, KRISIS PANDEMIK, MENCABAR KEPIMPINAN DAN FRONTLINER
NEGARA
Penulis: Muhamad Jasman Jurami
Realitinya jangkitan Corona virus @ covid -19 bermula di
Wuhan, China. Di peringkat awal kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia
masih menerima pelancong dari negara China, dan dikatakan sebagai punca
merebaknya coronavirus ke negara ini.
Kita terperanjat
dengan gelombang kedua jangkitan yang mencatat bilangan tambahan berganda dari
gelombang pertama.
Justeru, tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) selama dua minggu berakhir 31 Mac 2020 adalah satu kewajaran
di waktu itu. Namun akibat kegagalan sebahagian rakyat memahami dan mengikuti
arahan PKP telah memperlihatkan bilangan pesakit semakin bertambah . Kesannya
kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020 dalam usaha
mengawal pergerakan sekaligus membendung rantaian penularan.
Kerajaan telah
menggerakkan PDRM dengan kerjasama
Angkatan Tentera Malaysia dan Rela
dalam usaha penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dari masa ke semasa YAB Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Pemimpin2 utama membuat pengumuman perkembangan kes dan rangka
tindakan lanjut dalam usaha mengatasi covid 19.
Apa pun disebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yg
bertujuan untuk menyelamatkan nyawa, telah mengakibatkan kesan sosioekonomi
secara nyata. Sebilangan rakyat kehilangan pekerjaan, hilang pendapatan dan
sebagainya. Ini menambahkan kesulitan kepada rakyat golongan B40 dan yg bekerja
sendiri.
Umat Islam akur atas arahan Kerajaan agar Solat Jumaat dan
aktiviti di masjid tidak diadakan dalam tempoh tersebut demi untuk mengatasi
jangkitan covid-19.Inilah pertama kali
dalam sejarah kerajaan mengeluarkan arahan sedemikian rupa.
Merebak luasnya covid 19
dikatakan drp Jemaah Tabligh yg telah berhimpun di masjid Sri Petaling
dengan jumlah yg besar, sekitar 16,000 turut dihadiri drp Jemaah Tabligh
Indonesia dan Brunai. Namun kurang adil untuk meletakkan semua kesalahan di
bahu mereka kerana masih banyak punca yang membawa masuk virus ini ke Malaysia.
Berdasarkan perkembangan terkini dan langkah2 yg diumumkan
Kerajaan,
sukacita penulis
memberikan pandangan dan cadangan seperti berikut;
Wabak Covid- 19
Amat membimbangkan
perlu ditangani sebaiknya dengan penglibatan semua pihak walaupun bebeza
fahaman politik,daripada pucuk pimpinan tertinggi kerajaan hingga ke peringkat
kampung, Ketua Kampung dan AJKnya.
Memastikan Bekalan makanan mencukupi, tidak terputus,dan
harganya tidak melambung tinggi.
Wang tidak bermakna,
tidak bermanfaat sekiranya keperluan bekalan makanan tidak diperolehi dan mengakibatkan krisis lebih berganda.
Bantuan bekalan makanan drp Kerajaan dan NGO amat diperlukan.
Bagaimanapun, ianya perlu dilaksanakan mengikut kaedah dan sasaran yg betul.
Sebagai contoh bagi bantuan kpd penduduk kampung, Ketua Kampung dan AJK nya
harus memainkan peranan penting agar tidak menyulitkan penerimanya dan
perlaksanaanya lebih lancar.
Kerajaan membenar pengeluaran wang daripada akaun kedua KWSP.
Namun ianya hanya perlu dibuat jika amat terdesak dan tiada pilihan. Harus
diingat wang tersebut adalah untuk simpanan masa tua.
Rakyat juga perlu dibekalkan dengan topeng muka @ mask.
Negara harus boleh
mengeluarkan sendiri topeng muka dan cecair sanitasi tangan tanpa bergantung
bekalan drp negara luar.
Arahan PKP, duduk di rumah, ' Just stay at home' perlu
dipatuhi sepenuhnya.Namun ianya perlu ada aktiviti di rumah agar tidak
menjemukan seperti memperbaiki bacaan Al Quran dan bertadarus bersama ahli
keluarga.
Realitinya covid -19
adalah suatu krisis Pandemik - wabak penyakit yg telah tersebar
diseluruh dunia,amat ditakuti,telah
meragut beribu nyawa manusia, 21 orang rakyat Malaysia sehingga kini.
Adalah lebih sukar memerangi covid -19 berbanding memerangi
musuh bersenjata.
Justeru peranan para saintis amat perlu agar mendapatkan
penemuan ubat penawar atau anti virus yg boleh menguatkan antibody dan
menghalang penularan wabak covid -19.
Covid-19, suatu krisis pandemik yg mencabar kepimpinan dan
Frontliner Negara.
Kita bersimpati dan amat berterima kasih kepada Frontliner -
Petugas Barisan Hadapan terutama Warga
Kementerian Kesihatan - para doktor, jururawat dan kakitangannya, PDRM,
angkatan tentera dan pembekal bahan
makanan dll yang terpaksa terus beroperasi sepanjang PKP. Mereka bertungkus
lumus bagi keselesaan kita semua. Peranan dan tanggungjawab mereka amat
mencabar.
Mereka juga ada keluarga yg
perlu diselamatkan drp jangkitan wabak covid -19. Semoga mereka
diberikan kekuatan,terus tabah dan sihat, dapat menjalankan tugas sebaiknya
sehingga wabak covid -19 dapat dibendung,
InsyaAllah.
MJJ, Banting Selangor, 26 Mac 2020.
Penulis; Mantan
Pegawai Tadbir & Diplomatk ( PTD) dan Guru.
Comments
Post a Comment