Posts

Showing posts from April, 2018

30042018 : berjumpa Maznah, gang RT daripada Seremban di IKN

Image
still updating 30042018 : berjumpa Maznah, gang RT daripada Seremban di IKN Sembang santai pengubat rindu dan penguat semangat. sambil menunggu nombor giliran dipanggil, sempat juga menalifon sahabar handar dan saudara mara yang hadir semasa majlis tempoh hari untuk mendapat maklumbalas. Alhamdulilah bersyukur bila mendapat maklumbalas positive terutama tentang kuantiti dan kualiti makanan, desert, parking dan yang penting sempat bergambar lagi dan sekurang-kurangnya dengan izinNya saya sihat dapat berjumpa bersilatulrahim bersama mereka walaupun tidak dapat memberikan layanan terbaik. Paling tidak tetamu puashati dengan jamuan dan menu yang dihidangkan. Alhamdulillah , dapat juga kiriman gambar-gambar tambahan yang diambil oleh tetamu.

28042018 : Teraphy Diri Al-Sakinah Resort, Janda Baik

Image
28042018 : Teraphy Diri Al-Sakinah Resort,  Janda Baik Al Sakinah Seawal jam 8.00 pagi kami telah memulakan perjalanan ke UiTM untuk urusan temuduga Liyana Syazwani di UiTM. Sementara menunggu, kami memenuhi undangan kawan di STAR iaiatu Saidi di Meru. Walaupun majlisnya esok, namun mendengar sup tulang, menarik MJJ ke sana.   Tambahan pula esok kami tidak berkesempatan kerana sudah ada temujanji untuk ke Janda Baik, Pahang. Selepas itu kami meneruskankan jemputan ke Ke Al Sakinah Janda Baik.   Jemputan khas ini adalah yang dipanjangkan oleh Kak Munjiah Saari, sepupu saya sebelah arwah Shafie Kusnan. Menurutnya ia merupakan resort milik Prof Arifin dan Datuk Rosmah.   Prof Arifin ini dikatakan anak Mohamad orang Jenjarom. Dahulunya dikenali dengan nama Soblem, orang kaya di Jenjarom dan dikatakan masih ada kaitan saudara melalui arwah datuk Kusnan yang dikatakan berkawan lebih dari seorang.   Diharapkan sanak saudara

27042018 : Persediaan Liyana Syazwani temuduga Mass Communication

Image
27042018 :  Persediaan Liyana Syazwani temuduga Mass Communication Persediaan Liyana Syazwani mengemskini fail, sijil dan mendapatkan input daripada Mr. Google sebagai persiapan menghadiri temuduga ke kursua Mass Comm. UiTM, mengingatkan saya tentang peristiwa 33 tahun lalu. Selepas mendapat keputusan STPM dalam tahun 1980, kursus pilihan pertama di UiTM (sewaktu itu ialah ITM) ialah Mass Communication. Melihat prospectus yang dihantar oleh UPU (masa itu permohonan tidak dibuat secara talian terus) semuanya bertulis. Berdasarkan kelayakan untuk kemasukan, Mass Communication menjadi pilihan pertama sebelum Business Study.  Kononnya manfaatkan kelayakan sijil STPM kerana waktu itu Mass Comm memerlukan sijil STPM berbanding yang lain.  Tambahan pula cita-cita sewaktu itu sesuai dengan kelayakan ialah untuk menjadi Pemberita. Selepas menamatkan Semester pertama di Mass Comm, satu-satunya kursus yang mendapat pengiktirafan tertinggi sewaktu itu, baru menyedari yang kurs

26042018 Terharu dengan kunjungan rakan-rakan dan mantan boss dari SPRM

Image
26042018 : Terharu dengan kunjungan rakan-rakan dan mantan boss dari SPRM Sungguh gembira namun terharu dengan kunjungan tetamu yang terdiri daripada mantan boss dari SPRM dan anak-anak buah. Sebagai penghargaan, saya telah menghantar  Ucapan Terima kasih kepada x MACC melaui Whatsapp Group seperti berikut:- "UCAPAN TERIMA KASIH DAN UPLOAD FOTO DALAM FACEBOOK Sebagai menghargai usaha kawan-kawan yang diundang semasa majlis tempoh hari, ucapan terima kasih telah saya hantar kepada meraka dalam group wa xMACC  Semoga Y.Bhg. Datuk Sri/ Dato/Datin/Tuan/Puan sentiasa dalam kesihatan dan kerahmatanNya. Sejujurnya saya amat terharu dan merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran ke Majlis Walimatulurus anak saya di Villa MJJana tempoh hari. Sesungguhnya kehadiran kalian membawa makna yang begitu besar dalam ertikata nilai persahabatan antara kita. Walaupun kita sudah tiada sebarang kepentingan dalam perkerjaan, namun kehadiran Y.Bhg. Datuk Sri/ Dato/Datin/

2504201 8: Update status di facebook: silatulrahim bersam besan dan menantu

Image
Update status di faccebook: silatulrahim bersam besan dan menantu Majlis Walimatulurus Hazim & Ameera walaupun tidak 100% sempurna dan menepati citarasa seperti yang dirancang selesai. Alhamdulillah, hasrat untuk mengadakan majlis yang bertemakan santai, ukhwah dan mini reU pelbagai group tercapai dengan kerjasama semua pihak terutama keluarga MJJana dan semua pihak terbabit. Bersyukur dengan nikmatNya diberi kesempatan berukhwah dan bersilatulrahim. Gembira dan terharu serta tak menyangka atas sambutan tetamu yang datang dan sahabat handai yang dah lama tak bersua muka. Terima kasih semua. Mengambil ikhtibar semasa majlis Walimatulurus pertama 31.8.2013 yang mana   tumpuan agak lebih kepada pengantin, kini pendekatan kami berubah kepada tetamu tanpa mengabaikan pengantin. Mengambil kira majlis diadakan tanpa Wedding Planner, sejujurnya kami menerima 99% maklumbalas positif daripada semua pihak. Namun, tidak dinafikan kami tidak dapat memberikan layanan dan sambut

24042018 : Upload gambar kejiranan Presint 18C ke facebook dan whatspp penduduk

Image
24042018 :  Upload gambar kejiranan Presint 18C ke facebook dan whatspp penduduk Ucapan Terima kasih dan upload gambar di fb Asssalamualaikum wbt Semoga Y.Bhg. Datuk Sri/ Dato/Datin/Tuan/Puan sentiasa dalam kesihatan dan kerahmatanNya. Sejujurnya saya amat terharu dan merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran ke Majlis Walimatulurus anak saya di Villa MJJana tempoh hari. Sesungguhnya kehadiran kalian membawa makna yang begitu besar dalam ertikata nilai persahabatan dan kejiranan antara kita dalam mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama kita yang semakin meniti usia senja. Walau bagaimanapun ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat melayan dan bersembang lama dengan kawan-kawan bukan sahaja daripada Presint 18C tetapi tetamu yang lain juga. Untuk makluman kalian sebenarnya semasa majlis tersebut, kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya kesan sampingan rawatan radioteraphy 30 cycles yang baru selesai seminggu sebelumnya. Ekoran  itu pergerakan saya agak terb