24042018 : Upload gambar kejiranan Presint 18C ke facebook dan whatspp penduduk



24042018 :  Upload gambar kejiranan Presint 18C ke facebook dan whatspp penduduk

Ucapan Terima kasih dan upload gambar di fb

Asssalamualaikum wbt

Semoga Y.Bhg. Datuk Sri/ Dato/Datin/Tuan/Puan sentiasa dalam kesihatan dan kerahmatanNya.

Sejujurnya saya amat terharu dan merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran ke Majlis Walimatulurus anak saya di Villa MJJana tempoh hari.

Sesungguhnya kehadiran kalian membawa makna yang begitu besar dalam ertikata nilai persahabatan dan kejiranan antara kita dalam mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama kita yang semakin meniti usia senja.

Walau bagaimanapun ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat melayan dan bersembang lama dengan kawan-kawan bukan sahaja daripada Presint 18C tetapi tetamu yang lain juga.

Untuk makluman kalian sebenarnya semasa majlis tersebut, kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya kesan sampingan rawatan radioteraphy 30 cycles yang baru selesai seminggu sebelumnya. Ekoran  itu pergerakan saya agak terbatas.
Namun saya jemput juga kawan-kawan kerana teringin untuk berjumpa kalian dan Alhamdulillah kalian dapat memenuhi jemputan.
Sekiranya kalian sudi, boleh buka catatan memori harian di fb dan blog saya
http://mjjana.blogspot.my/?m=1

Saya dan suami, Hj.Muhamad Jasman Jurami mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.

Jika ada kelapangan, sudi-sudikan lah datang bersama keluarga lagi ke Villa MJJana samada di Indah Perdana atau di Presint 18 Putrajaya untuk kita bersembang santai dan mengisi masa sebagai YB.

Antara jiran dalam group ini yang turut hadir ialah:
-Y Bhg Datuk Seri Haniff Bin Omar  dan Datin Seri Zalazar,
-Y.Bhg. Datuk Md Yahya Basimen dan Datin Eda
-Y.Bhg Datuk Hj.Ab. Rahim Md. Nur dan keluarga,
-Y. Bhg. Datuk Fudzi Bin Man dan Datin Norezah,
-Y. Bhg. Dato’ Iskandar Halim Sulaiman dan keluarga
-Dr Mazlan dan Dr Fatimah
-Tuan Haji Adnan dan Hjh. Rohani Abd. Kadir
-En. Ayatillah bin Ahmad dan Pn Husniah
-En. Nik Kariman bin Nik Ismail dan Siti
-Tuan Hj. Salleh Bin Attan dan Pn. Rosminah
-Tuan Hj. Austar dan Hjh. Yenny Jailani
-Tuan Haji Ahmad Effendi Abdul Halim dan Pn. Hanifah sekeluarga
-Tuan Haji Suhairi Bin Ramly dan keluarga
-Tuan Hj. Shamsudin Salleh dan Pn. Fatimah
-En. Zaki dan Pn. Ani
-En. Hermi dan Sepsahida sekeluarga
-Dr. Sadhana dan Mak Ani sekeluarga
Puan Adida,
-Puan Nurul Farhana dan
-Puan Rozita

🤝Maaf yer, sesekali upload byk gambar😉

















Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang