28042018 : Teraphy Diri Al-Sakinah Resort, Janda Baik
28042018 : Teraphy Diri Al-Sakinah Resort, Janda Baik
Al Sakinah
Seawal jam 8.00 pagi kami telah
memulakan perjalanan ke UiTM untuk urusan temuduga Liyana Syazwani di UiTM.
Sementara menunggu, kami memenuhi
undangan kawan di STAR iaiatu Saidi di Meru. Walaupun majlisnya esok, namun
mendengar sup tulang, menarik MJJ ke sana.
Tambahan pula esok kami tidak berkesempatan kerana sudah ada temujanji
untuk ke Janda Baik, Pahang.
Selepas itu kami meneruskankan
jemputan ke Ke Al Sakinah Janda Baik.
Jemputan khas ini adalah yang dipanjangkan oleh Kak Munjiah Saari, sepupu
saya sebelah arwah Shafie Kusnan.
Menurutnya ia merupakan resort
milik Prof Arifin dan Datuk Rosmah. Prof
Arifin ini dikatakan anak Mohamad orang Jenjarom. Dahulunya dikenali dengan
nama Soblem, orang kaya di Jenjarom dan dikatakan masih ada kaitan saudara
melalui arwah datuk Kusnan yang dikatakan berkawan lebih dari seorang. Diharapkan sanak saudara saya, Ety Zainal
akan meneruskan usaha-usaha menyiapkan salasilah Embah Kusnan.
Alhamdulillah sesampainya di Al
Sakinah Resort, Kg. Janda baik, kami disambut dengan begitu mesra sambil sembang santai.
Cuma malam tu saya tidak terlarat untuk turut dinner santai kerana terlalu
letih.
Keesokkan harinya dengan diinjek ole udara segar, nyaman dan kehijauan persekitaran dan aura warna warni bunga-bungaan pelbagai warna disulami dengan pelbagai jenis bauan herma untuk makanan kesihatan, saya bersemangat untuk mengikuti kelas kesihatan anjuran Datuk Rosmah and the gang.
Most of them x STF. Dan resort ini merupakan hasil usahasama beliau dan tiga orang lagi kawan-kawan STF. Alhamdulillah, melihat satu kejayaan orang Melayu yang boleh dibanggakan. Kini dalam meniti usia senja, perniagaan resort ini dikendalikan oleh anak-anaknya, Diana dan Farah serta Mas yang walaupun nampak ada mild autism tapi begitu mesra dan sentiasa memiliki aura positif. Semoga aura yang baik dan positif terus mengalir dalam diri ini dan keluarga kami.

Melihat sepanjang perjalanan penuh
dengan kibaran bendera pelbagai parti yang bertanding PRU, serta gambar-gambar
yang di upload dalam pelbagai Whatssap group serta sulaman berita propaganda
pelbagai parti, terasa agak muak dengan perkembangan dan permainan politik di
Malaysia.
Hari ini juga Hazim dan Ameera ke
Pasir Salak memberi sokongan moral kepada saudara baru melalui perkahwinan,
iaitu Pak Saudara Ameera yang bertanding di sana.
Hafiz ke Medan dan Zamri dan Hakimah family ke KB Mall
Sementara MJJ yang berminat politik
sentiasa memuatnaik foto saudara dan teman-teman yang menjadi calon. Apa-apa pun undi adalah rahsia.
Comments
Post a Comment