26042018 Terharu dengan kunjungan rakan-rakan dan mantan boss dari SPRM
26042018 : Terharu dengan kunjungan rakan-rakan dan mantan boss dari
SPRM
Sungguh gembira namun terharu dengan kunjungan tetamu yang terdiri daripada mantan boss dari SPRM dan anak-anak buah.
Sebagai penghargaan, saya telah menghantar Ucapan Terima kasih kepada x MACC melaui Whatsapp Group seperti berikut:-
"UCAPAN TERIMA KASIH DAN UPLOAD FOTO DALAM FACEBOOK
Sebagai menghargai usaha kawan-kawan yang diundang semasa majlis tempoh hari, ucapan terima kasih telah saya hantar kepada meraka dalam group wa xMACC
Semoga Y.Bhg. Datuk Sri/ Dato/Datin/Tuan/Puan
sentiasa dalam kesihatan dan kerahmatanNya.
Sejujurnya saya amat terharu dan merakamkan
jutaan terima kasih atas kehadiran ke Majlis Walimatulurus anak saya di Villa
MJJana tempoh hari.
Sesungguhnya kehadiran kalian membawa makna
yang begitu besar dalam ertikata nilai persahabatan antara kita.
Walaupun kita sudah tiada sebarang
kepentingan dalam perkerjaan, namun kehadiran Y.Bhg. Datuk Sri/
Dato/Datin/Tuan/Puan mengajar saya erti persahabatan sejati serta mengeratkan
tali silatulrahim sesama kita yang semakin meniti usia senja.
Walau bagaimanapun ada sedikit rasa terkilan
kerana tidak dapat melayan dan bersembang lama dengan kawan-kawan bukan sahaja
daripada SPRM tetapi tetamu yang lain juga.
Untuk makluman kalian sebenarnya semasa
majlis tersebut, kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya kesan sampingan
rawatan radioteraphy 30 cycles yang baru selesai seminggu sebelumnya.
Ekoran itu pergerakan saya agak
terbatas.
Namun saya jemput juga kawan-kawan kerana
teringin untuk berjumpa kalian dan Alhamdulillah kalian dapat memenuhi
jemputan.
Sekiranya kalian sudi, boleh buka catatan
memori harian di fb dan blog saya
http://mjjana.blogspot.my/?m=1
Saya dan suami, Hj.Muhamad Jasman Jurami
mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.
Jika ada kelapangan, sudi-sudikan lah datang
lagi bersama keluarga ke Villa MJJana
samada di Indah Perdana atau di Presint 18 Putrajaya untuk kita bersembang
santai dan mengisi masa sebagai YB.
Antara sahabat YB dalam group ini yang turut
hadir ialah:-
1. Y.Bhg.
Datuk Sri Shukri bin Abdul dan keluarga
2. Y.
Bhg. Dato’ Sri Zakaria bin Jaafar
3. Y.Bhg.
Dato’ Hasan Yahaya dan isteri
4. Y.Bhg.
Dato’ Mohd. Yusof Akope dan isteri
5. Y.Bhg.
Dato’ Mohd. Yusof Zain dan isteri
6. Y.Bhg.
Dato’ Sutinah Sutan dan keluarga
7. Y.Bhg.
Dato’ Jalil Jaafar dan isteri
8. Tuan
Hj. Nordin Saidin dan isteri
9. En.
Ishak Abidin
10. En.
Mohd. Jaafar Hj. Hussein dan isteri
11. En.
Shawal Mat dan isteri
12. En.
Zubaidi Bajuri
13. En.
Raship Ahmad
14. En.
Azahan Badiuzaman dan isteri
15. Dr.
Ahmad Satar Merican dan keluarga
16. En
Yusof Ag Lah dan keluarga
17. Puan
Jamilah Hanafi
18. Puan
Naimah Ahmad
19. Puan
Wan Kamariah dan suami
20. Puan
Rahmah Adam sekeluarga
21. Puan
Sawiah Muslim sekeluarga
22. YM
Raja khan dan isteri
23. En.
Azizi Arifin dan keluarga
24. Pn
Siti Hajar dan keluarga
Dan juga warga SPRM dan keluarga yang masih
berkhidmat iaitu Puan Rohasyati, Puan Norazlina Lin, Puan Siti Zaharah, Pn
Hamidah Mokhtar dan keluarga, Puan Nor Haslina Lin, En. Kamaruzaman Jaafar dan
keluarga.
Alhamdulillah☺
Sebahagian kecil foto yang telah saya upload dalam group wa xMACC. Selebihnya saya upload dalam facebook.
Cuma yang agak terkilan hasrat berjumpa Tuan Hj. Borhan Ujang belum kesampaian lagi kerana di saat akhir beliau tidak dapat datang kerana masalah kenderaan. Semoga satu hari kami dapat bertemu dan sembang santai dengan mantan boss lama semasa di Kompen SPRM. Tuan Hj. Borhan ni memang tidak pernah mengecewakan jemputan saya, daripada semasa kami mengadakan majlis berkhatan dalam tahun 2004, house warming di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi tahun 2000, beliau tetap datang.
Ana: 26.4.2018
Comments
Post a Comment