27042018 : Persediaan Liyana Syazwani temuduga Mass Communication
27042018 : Persediaan Liyana
Syazwani temuduga Mass Communication
Persediaan Liyana Syazwani mengemskini fail, sijil dan mendapatkan input daripada Mr. Google sebagai persiapan menghadiri temuduga ke kursua Mass Comm. UiTM, mengingatkan saya tentang peristiwa 33 tahun lalu.
Selepas mendapat keputusan STPM
dalam tahun 1980, kursus pilihan pertama di UiTM (sewaktu itu ialah ITM) ialah
Mass Communication. Melihat prospectus yang dihantar oleh UPU (masa itu
permohonan tidak dibuat secara talian terus) semuanya bertulis.
Berdasarkan kelayakan untuk kemasukan, Mass Communication menjadi pilihan pertama sebelum Business Study. Kononnya manfaatkan kelayakan sijil STPM kerana waktu itu Mass Comm memerlukan sijil STPM berbanding yang lain. Tambahan pula cita-cita sewaktu itu sesuai dengan kelayakan ialah untuk menjadi Pemberita.
Selepas menamatkan Semester pertama di Mass Comm, satu-satunya kursus yang mendapat pengiktirafan tertinggi sewaktu itu, baru menyedari yang kursus itu kurang sesuai dengan jiwa saya. dan setelah menemui kaunselor dan Norizan Muslim sewaktu itu bff saya, saya nekad untuk menukar kursus walaupun beberapa orang teman tidak menggalakkan, tambahan pula keputusan peperiksaan mendapat 3.35 pointer.
Di sanalah bermulanya saya mengenali teman sebilik seperti Norizan Muslim (kemudian kerja di DBP), Nik Azizah (RTM), Dato Rohaizah (Pos Malaysia), Dato Ibrahim Yahaya (Tiger) (NST-RTM), Afifah Arifin (KPDNKK), arwah Halizah temerloh, Rohana Hanafiah (Tabung Haji), Zam Zam Omar (NST), Dato Hafifi Hafiz (NST), Melati Arif (Utusan Melayu), Datin Amal, LMN Azhar (Petrooil) dan beberapa orang lain yang tidak ingat untuk dituliskan semasa tulisan ini ditulis.
Segalanya ketentuan Ilahi dan sementara menunggu kemasukan pertukaran kursus ke Art & Design, saya berpeluang untuk berkhidmat sebagai kerani di Unit Pembangunan UKM Bangi selama 4 bulan. (akan disambung pengalaman bekerja di sana dalam slot lain)
Itu juga lah yang saya jawab semasa
temuduga. Sewaktu itu ada empat bidang pengkhususan iaiatu Broadcasting,
Advertising, Public Relation dan Journalism. Kini
dikatakan ada lapan bidang utama termasuk Media....
Walau bagaimanapun menurut Liyana,
daripada maklumbalas guru-guru dan ibu bapa kawan sekolah, kini kursus itu
kurang mendapat perhatian kerana semua orang boleh bercakap. Malah kalau diperhatikan banyak stesyen TV
mengambil pelakun, penyanyi atau model sebagai moderator, deejay mahupun
pengacara. Seolah-olah tiada keistimewaan lagi pemegang ijazah Sebaran Am. Oleh
itu persiapan adalah sebagai menimba pengalaman sahaja. Dan sehingga hari ini
Liyana lebih memberi tumpuan kepada pilihan pertama dan kedua iaitu UIA dan
kursus yang dipohon ialah Ekonomi dan Pengurusan. Namun agak terkilan kerana
tempoh pembelajaran di UIA agak lebih lama sedikit berbanding university lain.
Apa-apa pun good luck Liyana dan
silalah jadikannya sebagai jambatan pengalaman dalam hidup Liyana.
Comments
Post a Comment