2504201 8: Update status di facebook: silatulrahim bersam besan dan menantu
Update status di faccebook: silatulrahim bersam besan dan menantu
Majlis Walimatulurus Hazim & Ameera
walaupun tidak 100% sempurna dan menepati citarasa seperti yang dirancang
selesai.
Alhamdulillah, hasrat untuk mengadakan majlis
yang bertemakan santai, ukhwah dan mini reU pelbagai group tercapai dengan
kerjasama semua pihak terutama keluarga MJJana dan semua pihak terbabit.
Bersyukur dengan nikmatNya diberi kesempatan berukhwah dan bersilatulrahim.
Gembira dan terharu serta tak menyangka atas sambutan tetamu yang datang dan
sahabat handai yang dah lama tak bersua muka. Terima kasih semua.
Mengambil ikhtibar semasa majlis
Walimatulurus pertama 31.8.2013 yang mana
tumpuan agak lebih kepada pengantin, kini pendekatan kami berubah kepada
tetamu tanpa mengabaikan pengantin.
Mengambil kira majlis diadakan tanpa Wedding Planner,
sejujurnya kami menerima 99% maklumbalas positif daripada semua pihak. Namun,
tidak dinafikan kami tidak dapat memberikan layanan dan sambutan yang sempurna
dan memenuhi kehendak dan harapan setiap tetamu seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun dengan tahap kesihatan
yang kurang stabil, dengan izinNya jua, semangat dan kekuatan diri datang
ketika menyambut dan berjumpa tetamu yang diundang.
Ikutkan hati memang hendak bersembang panjang
dan peluk ketat-ketat semua tetamu yang dapat memenuhi jemputan kami, tapi
apakan daya, hanya Allah Maha Mengetahuinya.
·
Banyak
perkara yang dapat dipelajari, diterapkan dalam penganjuran majlis ini
khususnya untk anak cucu dan diri sendiri. Disebalik kekangan gunatenaga,
logistik dan kesihatan pelbagai kaedah pengurusan dan komunikasi turut
diaplikasikan seperti komunikasi berkesan, SWOT Anylisis, critical thinking,
perbelanjaan mengurus serta segala ilmu dan pengalaman yang ditimba semasa
berkhidmat dahulu.
Antaranya ialah
·
Penerapan
nilai-nilai murni dan integrity kepada semua pihak yang terbabit
·
Pengurusan
masa
·
Konsep
kerjasama, teambuilding, gotong royong dalam keikhlasan dalam menghulurkan
bantuan kewangan dan sokongan moral
·
Kasih
sayang dan persaudaran dalam kalangan keluarga terdekat, adik beradik, sepupu
sepapat, makcik pakcik saudara, ipar duai, jiran tetangga dan saudara mara.
·
Kasih
sayang yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit
·
Erti
persahabatan sejati
·
Perbelanjaan
berhemah berkonsepkan tiada pembaziran dan ukur baju di badan sendiri
·
Pelbagai
tips kaedah penjimatan masa, tenaga dan kewangan tanpa mengenepikan kemeriahan,
kegembiraan dan melukakan perasaan sesama insan dengan
Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam
kehidupan seharian keluarga kami dalam menjalani hari-hari muka.
Waimma apa pun, semoga kami dapat memulakan
silatulrahim antara besan sedia ada Dr. Zahari Mat Hasan, Dr. Sapiah Abd Hamid
dan keluarga dan besan baru en. Afandi dan Puan Rahimah Abu Bakar sekeluarga.
Semoga penyatuan antara dua hati anak-anak
kita dapat terus terjalin, berkekalan hingga ke jannah dan melahirkan zuriat
yang dapat membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah
InsyaAllah, Amiin YRA.
Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat
dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak atas sokongan ide,moral,
fizikal dan sumbangan.
(foto ihsan Dr. Rafie, foto Khairy Sallehudin
akan upload dalam album yang lain)
Saya juga telah update background profile picture facebook saya bersam empat orang besan. last update ialah pada 1.9.2013
Tag fb, Koperasi Dr.zahari Dr.Sapiah Jasman
Afandi Rahimah Zam Kima Syafiq Hafiz Hazim
Liyana
Hastag Instagram
Deco dan makanan oleh: Fb Indahkateringanddeco
0176925485 / 03-3198097
BBQ Kambing:
#polagon30/04/2015
#acap2901
Canopy: ZD ZAI
ENTERPRISE Kanchong Darat
PA System &
deejay: ZS Entertainment & Solution, fb: Zai Izzuddin Sadar
Pelamin: #saffaizalcreation_
Baju Pengantin: dmanees Andaman, Dengkil
Goodies: fb. onieasturafavorbox dan #popcorncingcing
Homestay: fb:Mariam homestay fb: ctrose fb: singgahan rahmat fb: rumah
rehat persekutuan morib
Kad jemputan: Fb: Kad Kahwin Printcess.studio
Desert: #serdangcendol, Dodol & bubur
somsom Tukin Kg.Endah, Icecream Kg. Endah
Photografi: fb khairy Sallehudin dan
volunteer fb: mohamad Rafie Md Kaslan dalam album MAJLIS WALIMATUL URUS @MJJ
ANA VILLA 21.04.2018 (450 photo)
Comments
Post a Comment