21082020 : SIJIL MSPO; PEKEBUN KECIL SAWIT DI BANTING PENUH HARAPAN - NUKILAN MJJ
21082020 : SIJIL MSPO; PEKEBUN KECIL SAWIT DI BANTING PENUH HARAPAN - NUKILAN MJJ
Penulis Muhamad Jasman Jurami
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, inisiatif mendapatkan pensijilan MSPO akan memberi manfaat besar terutama kepada 258, 657 pekebun kecil sawit persendirian.
Melalui pendaftaran Sijil MSPO dikatakan negara-negara pengimport yang memperakukan sijil itu akan menyatakan kesediaan membeli sawit Malaysia dengan harga lebih tinggi.
Persijilan ini akan memberi pengetahuan seperti amalan pertanian baik sawit, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kecekapan pengurusan serta meningkatkan produktiviti dan secara langsung meningkatkan pendapatan pekebun.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui MPOB telah memberi peruntukan yang cukup bagi memastikan persijilan ini dapat disempurnakan.
(Sinar Harian 18 Jun 2020)
Persoalannya siapa dan di mana tanah pekebun kecil persendirian ? Apakah benar dengan memperoleh Sijil MSPO boleh meningkatkan kecekapan, melahirkan pekebun kecil sawit yang mampan?
Pekebun kecil adalah individu yang memiliki kebun yang berkeluasan tidak melebihi 40.46 hektar atau 100 ekar.
Pekebun kecil terbahagi kepada dua kategori iaitu pekebun kecil terancang yang tanahnya dimajukan oleh agensi kerajaan seperti Felda, Felcra Risda dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).
Manakala pekebun kecil persendiriaan adalah individu yang memajukan sendiri tanah yg dimiliki.
Selaras dengan Dasar Pertanian Negara ke tiga
/DPN 3
( 1998- 2010 )yang bermatlamat memaksimumkan pendapatan, tanah milik pekebun kecil persendirian yang sesuai juga telah ditanam sawit yang diharap akan lebih menguntungkan berbanding tanaman getah.
Sejarah membuktikan pekebun kecil getah menghadapi kesusahan dan kemiskinan hingga berlaku peristiwa Demontrasi Baling 1974.
Realitinya pekebun kecil sawit persendirian yang dimiliki Bumiputera kebanyakanya hanya berkeluasan kurang daripada 10 ekar. Pemilikan lebih 10 ekar amat sedikit, boleh dibilang dengan jari.
Pemilikan tanah tersebut semakin bertambah kecil apabila berlaku kematian pemilik yang berdaftar kerana tanah tersebut akan diagihkan kepada anak-anak mengikut hukum Faraid dan telah terjual atas pelbagai sebab atau dibangunkan menjadi kawasan perumahan dan perniagaan.
Situasi kebun kecil persendirian yang sedemikian boleh dilihat di beberapa tempat di sekitar Banting Kuala Langat , seperti di Kanchong Darat, Sijangkang dan Telok Panglima Garang.
Semasa pentadbiran Kerajaan Perikatan/ BN-UMNO Kerajaan telah mengurniakan tanah pertanian untuk dimajukan pekebun persendirian seperti di Batu 9 Mukim Telok Panglima Garang dan di Kanchung Tengah Kuala Langat seluas tidak lebih 5 ekar bagi satu keluarga.
Kepesatan pembangunan dan lokasinya yang berhampiran Shah Alam ibu Negeri Selangor menyebabkan kebun kecil Persendirian di Batu 9 kini banyak yang terhimpit dan terjual kepada pemaju perumahan.
Rumah-rumah telah dan dalam pembinaan menggantikan kebun kecil sawit persendirian.
Manakala kebun kecil sawit persendirian di Kanchung Tengah masih memerlukan penyelenggaraan jalan-jalan pertanian.
Masih terdapat Tanah-tanah pekebun kecil sawit persendirian terletak di pedalaman, masih tiada kemudahan asas.
Penulis mendapati Kebun sawit milik pekebun kecil persendirian yang menjadi tempat tinggal semasa pentadbiran British kini diabaikan. Mengikut sejarah tanah tersebut terpaksa ditinggalkan semasa negara menghadapi ancaman pengganas komunis pada zaman darurat (1946-1960).
Rancangan Briggs telah memindahkan penduduk dari pedalaman ke pertempatan baru perkampungan yang tersusun sekitar tahun 1953.
Semasa darurat penduduk yang tinggal di tiga buah kampung terpencil iaitu kampung Ladang Batu, kampung Ladang Lor dan Kampung Delek, Kuala Langat hidup sentiasa dalam ketakutan. Ketua kampung dan Ajknya telah dibunuh kejam oleh komunis.
Bagi mengatasi ancaman komunis Penduduknya telah
dipindahkan ke pertempatan baru, dengan pemberian milik tanah setengah ekar satu keluarga, di perkampungan tersusun yg kemudiannya dinamakan Kampung Endah (asalnya Kampung Pindah) pada tahun 1953.
Apa yang berlaku kepada penempatan asal penduduk kampung Endah selepas lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan ?
Penempatan asal penduduk kini merupakan tanah pekebun kecil sawit persendirian yang tiada kemudahan asas, tiada jalan tar dan tiada jalan pertanian.
Jalan ke kebun adalah jalan tanah yang becak semasa hujan, menyulitkan pekebun kecil sawit persendirian untuk mengeluarkan hasil.
Realitinya dalam usaha menghasilkan minyak sawit yang mampan adalah tidak wajar hanya menghendaki pekebun kecil sawit persendirian memperoleh sijil MSPO. Pembinaan Jalan raya, dan jalan pertanian yang sempurna dan penyelenggaraanya amat diperlukan bagi memudahkan hasil sawit pekebun kecil dapat dibawa ke kilang.
Kemampanan industri sawit termasuk pekebun kecil persendirian bukan hanya tanggung jawab Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, bahkan Kenterian lain dan Kerajaan Negeri juga perlu memaikan peranan.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memainkan peranan untuk meluaskan pasaran minyak sawit,.
pengeluaran Sijil MSPO,memberikan bantuan tanam semula kepada pekebun kecil sawit persendirian melalui MPOB seperti pemberian benih sawit bermutu tinggi, bekalan baja dan sebahagian kos tanam semula.
Bantuan tersebut yang dilaksanakan kerajaan BN telah ditamatkan, diganti dengan kaedah pinjaman semasa pentabiran Pakatan Harapan.
Kementerian lain khususnya Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kerajaan Negeri harus sama bertanggungjawab dalam menyediakan infstruktur yang sempurna dan menyegerakan penyelesaian pelbagai isu berkaitan urusan pentadbiran tanah.
Sehubungan ini ketua kampung dan AJKnya perlu mengambil inisiatif agar dapat mengenalpasti dan membuat permohonan projek mengikut saluran tertentu.
Kemampanan industri sawit tanggung jawab bersama.
Pekebun kecil sawit persendirian di Banting penuh Harapan.
Mjj,Banting
Ahad 26 Julai 2020
Penulis; Mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), Anak pekebun kecil.
Comments
Post a Comment