15092018: Datuk Hajah Rahmah, Mantan KSU KPLB ke Villa MJJana



15092018: Datuk Hajah Rahmah, Mantan KSU KPLB ke Villa MJJana

Alhamdulillah majlis kunjungan Y.Bhg. Datuk Hjh Rahmah Binti Kassim, Penasihat Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KSU KPLB) ke Villa MJJana 15 Sep 2018 berjalan lancar.
Y.Bhg. Datuk Rahmah semasa menjadi KSU KPLB telah banyak membantu dalam menjayakan projek-projek pembangunan infrstruktur di kampung Endah khususnya projek pembesaran kampung yang kini dikenali Indah Perdana .
Semasa lawatan YAB Dr Mahathir Mohammad dan pecah tanah projek pembesaran Kampung Endah (Indah Perdana) pada 20 Januari 1996, Y.Bhg. Datuk Rahmah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk lawatan dan saya Setiausaha.
Kunjungan Y.Bhg. Datuk Rahmah ke Villa MJJana Indah Perdana setelah beliau bersara amatlah bermakna. Dalam ucapannya antara lain beliau menyentuh isu dan masalah generasi kedua dan ketiga kampung termasuk di kawasan Felda untuk membina rumah di kampung halamannya. Isu sedemikian telah ditangani di kampung Endah. Beliau juga memberikan pandangan dan nasihat tentang kaedah pembangunan kampung yg memerlukan pengetahuan, teknologi, kerjasama dan komitmen seluruh penduduknya.
Jutaan terima kasih kesemua yg dapat hadir, Tn Hj Shafeei Mohamad yg memimpin bacaan Yasin, Ustazah Shamsiah yg telah memberikan tazkirah sempena Maal Hijrah, Jiranita P18C, Ani Canopy, Kumpulan Nur Indah Perdana, Sate Sudar Ahmad, para caterer, adik beradik, sanak saudara dan semua pihak yg turut sama menjayakannya.





Jutaan terima kasih juga kepada sdr Ibrahim bin Abu Sari yg telah menolong memetikkan buah kelapa muda untuk tetamu.
Kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.





MJJ
15092018

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja