20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan
20092018: Budaya menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan
Genap lima bulan selepas mengadakan majlis perkahwinan Hazim dan Ameera
hari ini. Kebetulan hari ini sunat
berpuasa Asyura, jadi saya tidak banyak melakukan aktiviti luar rumah.
Di samping itu saya melakukan pisio lutut seperti mana yang
diperingatkan oeh pisioterapis Lisa, dari Hospital Putrajaya, iaitu regangan
lutut pagi, tengahari dan petang dengan minimum 30 kali dan 10 saat setiap
kali. Perlu diingat tu, percubaan untuk tempoh dua bulan sehigga berjumpa untuk
pisio lymph node pada 22 Oktober kelak.
Dalam masa yang sama, saya mengemas cabinet pelbagai. Overhall ini perlu dilakukan setiap 6 bulan
untuk mengelakkan habuk dan organise dokumen dan pelbagai. Urusan ini memang selama ini saya yang
melakukannya, jadi senang untuk rujukan MJJ atau mudah menjawab soalan MANA
beliau.
Turut dikemaskini ialah kotak sumbangan ketika majlis perkahwinan tempoh
hari.
Sampul duit pemberian orang di majlis walimatus urus atau duit sumbangan
(salam kaut) masih tersimpan di dalam kotak. Tinggal sampul kosong sahaja
kerana wangnya telah digunakan untuk membuat penyelarasan perbelanjaan pada 21
April lalu. Sumbangan itu biasanya digunakan untuk meringankan beban yang
ditanggung oleh orang yang mengeluarkan belanja majlis. Dalam hal ini, tempoh
hari yang mengeluarkan belanja kahwin itu adalah kami. Maka, duit sumbangan itu
dapatlah sedikit sebanyak meringankan
beban yang di tanggung. Alhamdulillah berkat sumbangan dan kerjasama adik
beradik, saudara mara dan sahabat handai setelah diselaraskan dengan wang
sumbangan, kami tidak menanggung sebarang hutang. Sekadar mengeluarkan beberapa
ratus untuk urusan runcit.
Alhamdulillah budaya sebegini amat membantu dalam menguruskan
perkahwinan terutama dari factor kewangan.
Sunggu terharu bila saya dapati sampul yang dicatatkan RM10, dan banyak
juga sampul yang berisi RMM50 tidak
bertulis nama. Sekadar tahniah
dan semoga bahagian hingga ke jannah. Amin.
Terima kasih atas doa dan kepada yang ikhlas menyumbang tempoh hari
khususnya adik beradik, besan, besan, saudara mara dan sahabat handar yang datang mahupun
yang menghantar kiriman melalui wakil yang datang.
Daripada tulisan nama-nama di sampul juga membantu kami mengenalpasti
sebahagian tetamu yang datang tempoh hari,maklumlah tempoh hari ada yang
mungkin terlepas pandang kerana tetamu ramai.
Dan ada juga sumbangan sahaja yang ada tetapi mereka tidak datang kerana
dihantar melalui kiriman. Subhanallah,
Alhamdulillah, ianya menjadi budaya masyarakat jawa di kawasaan kami.
Sebenarnya, tiada pun dalam Islam, ini semua adat. Jika zaman dulu,
orang kenduri kahwin berpakat. Jika masa kenduri kahwin dulu masih lagi diamalkan
adat bersedekah barang keperluan seperti beras, gula, garam, bahan untuk
kenduri, gubah hantaran dan bunga telur atau juga bahan untuk goodies bag serta
hadiah. Namun, banyak berlaku
pertindihan. Kini dah kurang dan jarang dah nak jumpa budaya tu, sebab tu orang
bagi duit, lebih mudah.
Tapi disebabkan peredaran zaman, kos yang makin bertambah, buatkan ada
yang segan nak bagi lima ringgit, perkara sebegini macam satu kemestian pula...
Namun banyak juga sampul yang berisi RM50 – RM100 tidak bertulis nama pemberi,
begitu ikhlas sipemberi. Alhamdulillah rezeki dan nikmatMu ya Allah. Ini juga mungkin sebagai balasan ke atas
beberapa sumbangan dan pergaulan kami ketika mereka mengadakan majlis.
Sebenarnya pada peringkat awal, niat kenduri ialah untuk menjamu orang
makan... Jika ikhlas dapat pahala bagi orang makan. Tapi bila orang menghulur,
kita pun terima dengan hati terbuka demi menjaga hati banyak pihak.
Syukur kepadaMu Ilahi.
Sebenarnya budaya sebegini memang biasa diamalkan oleh masyarakat
kampung ini terutama masyarakat jawa.
Comments
Post a Comment