29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah



 29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah


Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana.
Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape.


Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang.  Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda.  Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis.

Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari batang pokok, membuat MJJ, peminat setia mempelam muda nekad untuk tidak menebangnya.  Tambahan pula beberapa kali jiran tetangga dan sahabat handai memintanya kerana mengidam. Walaupun dahan dan buahnya terjuntai ke luar pagar, ia hanya perlu dicantai sahaja. Sementara dahan yang besar boleh dijadikan tempat untuk port buaian.

Cuma masalah yang akan timbul ialah dedaunan yang gugur dan mempelam yang gugur tidak sempat dimakan.  MJJ berjanji untuk membersihkannya walaupun dibawahnya ditanam rumput carpet/jepun.

Semenjak Villa MJJana dibina, pokok itu sentiasa mengeluarkan buah tanpa bermusim.  Semenjak sebulan yang lalu bunganya yang lebat menunjukkan buah akan mula masak di bulan puasa.  Walau bagaimanapun memandangkkan kami kerap berulang ke Putrajaya, banyak buah berguguran masak dan busuk.

Hari ini, kami bercadang untuk memetik mempelam muda untuk dibuat jeruk.  Dengan menggunakan galah yang dipinjamkan oleh Mimah, jiran sebelah kulon, Hazim dan Ameera membantu dalam penyediaan jeruk mangga.








Resepi yang diperoleh dari Ety Jamilah saya gunakan kerana ia tidak menggunakan cuka.  Hasil lebih kurang 20 biji mempelam telah menghasilkan 32 balang jeruk mangga.

InsyaAllah jika ada rezeki boleh dijadikan juadah deserta semasa raya nanti.







Resepi Jeruk Mangga tanpa cukaby Ety Jamilah

 Lps kupas
1. Rendam dgn air kapur. Kapur tu 1 sudu je. Bancuh dgn air.   (kapur tu keruh-keruh jer, jangan banyak sangat.
Rendam 1 jam
Fungsinya utk buang kotoran dan  mengekalkan kerangupan.

Tos dan cuci bersih

2. Bancuh garam. Byk sket. Kalau nak kekalkan warna , rendam 2 3 jam je.
Kalau nk hilangkan masam biarkan semalaman.

3. Tos dan cuci bersih.

4. Tuangkan dlm air gula dan letak asam boi  serta cili kalau mahu.
Gula tu terpulang la nak masukkan terus atau didihkan dulu buat air gula. Tp pastikan betul2 sejuk. Kalau x,  masak la mangga tu.
Lebih baik  buat air gula sbb betul2 cair dan jd pengawet .

Inshaallah tahan lama.

Comments

Popular posts from this blog

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang