01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja


#togethertilljannah
#mjjana
01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja


40 tahun masa berlalu.
Taman SPPK Segambut nama dahulu
Kini dinamakan DutaMas Seroja
Rumah yang banyak meninggalkan kenangan.

Hari ini kami bertandang melihat rumah pertama yang dibeli dan seterusnya didiami selama 10 tahun. Rumah yang penuh pelbagai kenangan pahit manis.  Ketika itu empat orang anak dibesarkan. Hakimah, Syafiq, Hafiz dan Hazim.  Tiga bulan sebelum berpindah ke Bandar Baru Bangi, Liyana dilahirkan dengan penuh dugaan.

Rumah yang dahulunya menjadi sebuah rumah yang kelihatan mewah dikelilingi hutan belantara dan bukit bukau, kini dikelilingi bangunan tinggi kondo dan sekolah serta quarters kerajaan. Malah jalan ke sana pun sudah dinaiktaraf. Tidak seperti satu ketika dahulu jalan High Chaprail.























30 tahun rumah itu disewakan setelah kami berpindah.



Jiran sebelah rumah yang pemiliknya pernah ditemui buat beberapa bulan sebelum  disewakan. Zakiah nama anaknya yang begitu celoteh ketika usia 2 tahun dan ayahnya bekerja di LKIM.  Semoga satu hari kami dapat berjumpa.
Selepas itu disewa oleh Luqman dan Aishah, pun masih belum dijejaki.
Kini ditinggal kosong tanpa berpenghuni.
Jiran sebelah kiri Hjh. Mazidah, rumah yang begitu terjaga, namun masih sunyi sepi.

Kebetulan kami singgah kerana menghadiri jemputan tahlil kawan MJJ, Dato Ibrahim di Changkat Kiara, betul-betul sebelah Taman SPPK.





Singgah di surau SPPK Segambut yang kini semakin besar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Tidak seperti semasa mula-mula didirikan.
Berjumpa Pak Ali dan Mak Mah yang pernah satu ketika menjaga tiga orang anak Hakimah, Syafiq dan Hafiz.  Terharu melihat tahap kesihatan Pak Ali 87 tahun, sudah mula lupa ingatan.  Namun Mak Mah masih mengingati anak-anak kami terutama Hakimah.

Semoga Allah memberi kesihatan untuk mereka yang banyak berjaya pada kami dahulu.

Comments

  1. Assalamualaikum Tuan. Semoga senantiasa diberi kesehatan dan dimurahkan rezeki. Saya dari dahulu tertanya tanya maksud SPPK. Adakah ianya bermaksud syarikat perumahan penjawat Kerajaan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan