Posts

Showing posts from February, 2020

29022020 : SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN DAN KONDANGAN MASRI

Image
29022020 : SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN DAN KONDANGAN MASRI  Pertemuan bersama gang Sahabat Hospital dengan teman-teman MJJ SMKTD dapat menemukan saya dengan Kak Jariah isteri arwah Kusin. Alhamdulillah masih sihat beliau diusia 70 tahun. Mengimbau sejenak kenangan semasa remaja dahulu sama-sama membuka kedai runcit kedua-dua arwah.  Di malam hari pula menyantuni jemputan majlis perkahwinan anak Masri Sairon dan Mazni Kusnin di Dewan Jubli Emas Kg. Endah. Tahniah, semoga mempelai bahagia till jannah.

28022020 : MEMERIAHKAN AKTIVITI KEMAS TG. SEPAT, KG. ENDAH

Image
28022020 : MEMERIAHKAN AKTIVITI KEMAS TG. SEPAT, KG. ENDAH Kebetulan hari ini tidak sempat berasap dapur kerana kesibukan menguruskan bunga-bunga kerana cuaca yang agak panas beberap hari ini. Bagi mengalas perut sementara menunggu dinner malam ini, Cafe DSukma sebelah Villa menjadi sasaran JJCM, jadilah mendapat rojak menjadi pilihan kali ini. Berkenalan dengan Puan Rehana dari KEMAS Tg. Sepat. Join sebentar aktiviti berkreativiti menyediakan bekas bunga daripada tong sampah dari kedai eCo or DIY dan bersilaturrahim bersama jiranita Kg. Endah. Alhamdulillah dengan nikmat ini.

27022020 : HARI BERSAMA PELADANG DI BATU LAUT - nukilan MJJ

Image
27022020 : HARI BERSAMA PELADANG DI BATU LAUT - nukilan MJJ HARI BERTEMU PELANGAN 2020, PPK BATU LAUT Ketegangan politik membimbangkan rakyat. Penghargaan dan tkasih kpd  Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Laut yg telah  menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan di perkarangan pejabatnya pada 27 Feb 2020.  Pelbagai jualan, pameran dan aktiviti  diadakan, termasuk ceramah oleh  Tuan Zaid  Pegawai Malaysian Palm Oil Bord (MPOB) tentang usaha menggalak dan mengawal selia tanaman sawit pekebun kecil.  Penggunaan racun rumpai, hanya perlu di sekeliling tanaman pokok sawit. Pokok2 kayu, dan anak2 sawit liar perlu  dimatikan. Rumput lembut perlu dibiarkan  terutama di tanah gambut agar tanah tidak terlalu kering dan gersang semasa kemarau. Baja ditabur di kawasan tompokan pelepah yg dicantas, kerana disinilah tempat akar muda tanaman sawit. Buah sawit dipetik apabila  sekurang2nya sebiji buah sawit telah gugur. Memastikan tidak ada buah tandan sawit tergantung semasa P

26022020 : KISAH KAKI DIPOTONG SEBAB TERKELAR SABIT KELAPA SAWIT

Image
26022020 : KISAH KAKI DIPOTONG SEBAB TERKELAR SABIT KELAPA SAWIT  Sekitar majlis Yasin Mubin di rumah Ust. Umi Kalsom setelah sekian lama ditinggalkan.  Buat pertamaa kalinya tahun ini kami berjumpa semula kerana masing-masing terlalu busy dengan urusan dunia dan pelbagai. Kalau tahun lepas perjumpaan ini dilakukan pada setiap Khamis tapi mulai tahun ini ditukar kepada hari Rabu kerana tidak mahu berlaga dengan kelas Mengaji Muslimah di Masjid At Toyyibin.   Selesai majlis, kami berkongsi mendengar cerita dari Ima yang pernah mengalami sakit tanan kanan yang dialami selama setahun. Pelbagai perubatan dicuba sehingga berusaha berubat diluar kawasan .  Alhamdulillah kini telah sembuh dan dari beliau jugalah saya mendapat khidmat mengurut.  Boleh repeat. Di samping itu kami turut mendengar kisah anak saudara beliau yang berusia 20 tahun yang mana minggu lepas berlaku kemalangan yang berlaku di kebun.  Kemalangan berlaku apabila galah sabit jatuh ke atas pehanya yang mana ketika i

25022020 : ZIARAH ISHAK HASSAN xSPRM, BERKONGSI PESAKIT BUAH PINGGANG

Image
25022020 : ZIARAH ISHAK HASSAN  xSPRM, BERKONGSI PESAKIT BUAH PINGGANG Mendapat berita melalui Whatssap group exMACC tentang seorang sahabat lama yang pernah berkhidmat dalam cawangan Ekonomi sedang dirawat di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah berkesempatan hari ini untuk ziarah beliau.  Disamping menjalani rawatan cucian darah untuk masalah buah pinggangnya turut mengalami ulcer di perut.  Selesai koloniscopy dan semoga tiada memudaratkan. Dengan ditemani oleh Ijah, anak sulungnya bergilir-gilir dengan isteri Niza, juga teman saya mengingatkan saya kepada arwah bonda saya serta kakak saya, Mariam yang turut membuat rawatan buah pinggang.  Berkongsi sedikit pengalaman sebagai ahli keluarga terdekat semasa menjaga arwah bonda dengan mengingatkan mereka tentang betapa pentingnya penjagaan kebersihan semasa melakukan rawatan cucian. Semoga segalanya dipermudahkan dan dalam usia warga emas ini kita sentiasa kuat dan tabah dengan pelbagai ujian driNya.  Kita semua diuji

24022020 : ZIARAH HALIMATULSAADIAH NAHAR IKN PUTRAJAYA

Image
24022020 : ZIARAH HALIMATULSAADIAH NAHAR IKN PUTRAJAYA  Alhamdulillah setelah bertangguh buat beberapa hari, tengahari, kami dapat menziarahi Pn Hjh Halimatul Saadiah, Isteri Tuan Hj Naharuddin,sahabat ex- Jenan yg telah menjalani pembedahan kerana kanser di IKN Putrajaya. Beliau kelihatan baru selesai membaca Al- Quran dan nampak ceria.  Saya sempat berkongsi pengalaman dan mengajak beliau untuk join whatssap group cancer Survivor tetapi belum bersedia.  Semoga beliau cepat sembuh. Kanser penyakit  yg amat dibimbangi walaupun pada peringkat awal dikatakan tidak terasa sakitnya. Semoga beliau akan pulih sepenuhnya. InsyaAllah. *IKN Putrajaya 1 tgh 24 Feb 2020* Alhamdulillah saya dan isteri dapat menziarahi Pn Hjh Halimatul Saadiah, Isteri Tuan Hj Naharuddin,sahabat ex- Jenan yg telah menjalani pembedahan kerana kanser di IKN Putrajaya. Beliau kelihatan baru selesai membaca Al- Quran dan nampak ceria. Kanser penyakit yg amat dibimbangi walaupun pada

23022020 : KONDANGAN KG. ENDAH, aka KUMPUL

Image
23022020 : KONDANGAN KG. ENDAH  Dalam usaha menyimpulkan silaturrahim sesama jiran sekampung, kami berkejar balik ke kampung untuk kondangan di rumah En. Basri bin Marsan (Kompol) & Puan Normenah bt. Tukiman di Jalan Randu, Kg. Endah.  Begitu meriah dengan pelamin yang nampak gah.  Sempat saya bertanya sewaan yang melebihi dua kali ganda pelamin Hafiz.   Apa-apapun meriah dan happening umpama di hotel fotonya. Tu yang teruja mengambil foto. Sekali seumur hidup katakan. Setiap orang mempunyai kepuasan yang berlainan.  Apa-apa pun Tahniah, semoga mempelai bahagia hingga ke jannah.

22022020 : KAYA EMAS KERAMAT, REZEKI SYAFIQ

Image
22022020 : KAYA EMAS KERAMAT, REZEKI SYAFIQ Teringat satu masa dahulu Syafiq membawa kami ke pejabat ini untuk membuat satu kejutan, tapi Syafiq yang terkejut kerana difahamkan belum mendapat kelulusan daripada DBKL. Tapi kali ini kesungguhannya berusaha dalam kerjayanya telah membuahkan hasil dengan sebahagian bantuan dari keluarga.  Akhirnya impian menjadi kenyataan.     Kelihatan Ammar yang turut teruj a melihat rumah Syafiq. Tapi saya, apa-apa pun biarlah landed house.  Walau apapun inilah rumah anak-anak mudi kini, service appartment.  Alhamdulillah, syukur dengan nikmatMu Ya Allah.  Nikmat apa lagi yang kau dustakan. Semoga ia juga menjadi pembakar semangat kepada Syafiq untuk terus berusaha.  Anak-anak kini lebih berminat dengan rumah seperti kondo, service apartment dan mungkin itu yang termampu dengan keadaan ekonomi sekarang. Lainlah zaman kami dahulu. Ibu doakan semoga selepas ini Syafiq akan lebih memberi tumpuan kepada suriya yang bakal mengisi

21022020 : JOHOR DAN MAKAN MALAM DI PERANTAU

Image
21022020 : TBC JOHOR DAN MAKAN MALAM DI PERANTAU (foto  Foto2 dalam album fb Tersilap sebut F dengan P pun dah kena tegur Ammar. Telatah cucu ketika memanggil nama singkatan PIK, (Syafiq) kedengaran seolaholah PIG. Ammar yg  hebat  kini bijak memilih menu makanan pilihannya sendiri malah berani mencuba menguruskan bayaran utk tempahan makanan yg banyak. Zara yg bersaiz kecil, lembut, manja dan kemayu sering meletakkan gantinama dirinya KAKAK sound so funny kerana size tubuhnya masih kecil molek. Hani, kini semakin cerdik, tidak lama lagi mungkin akan lebih besar dari si KAKAK dari segi fizikalnya, semakin lasak, comel dan rajin explore. Kelihatan tidak semanja Zara ketika seusia Hani. Syukur dengan nikmatMu Ya Allah dan diri ini begitu kagum dan bangga dengan kesabaran si mummy  Hakyma Maziah  mengurus dan mendidik anak2 nya. Semoga Kau terus berikan sesuatu yg indah kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaMu. Alhamdulillah. Life is a l

20022020 : ZIARAH AYAHANDA DR SAPIAH MENINGGAL DUNIA - JOHOR

Image
20022020 : ZIARAH AYAHANDA DR SAPIAH MENINGGAL DUNIA - JOHOR SEMINGGU BERSAMA CUCU Foto sudah di upload dalam album fb Takziah utk keluarga besan Dr  Sapiah A. Hamid  atas pemergian ayahanda tercinta yg berusia 95 tahun. Sekaligus dapat bersilaturrahim bersama keluarga terdekat mereka walaupun seketika. Sempat singgah di rumah besan arwah mak di Parit Nawi setelah hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki di rumah beliau. Indahnya kehidupan. Begitu nyaman dan teruja menikmati warna warni flora hasil kreativiti tangan.  Zainab Shohed  dan insan berusia 96 tahun yg tidak lekang senyuman dan masih bertenaga. Kami juga dijamu dengan hidangan gulai lemak ikan puput. Alhamdulillah. # MJJana

19022020 : FAMILY ZAMKIMA BONDING DAN KEMUDIAN KE JOHOR

Image
19022020 : FAMILY ZAMKIMA BONDING DAN KEMUDIAN KE JOHOR foto sudah di upload dalam album fb Travelling with kids Mengimbau perjalanan jauh bersama cucucucu mengulangi kenangan telatah anak2 ketika seusia mereka 30 tahun lalu. Sungguh indah merasai pusingan roda kehidupan. Perlukan kesabaran yg maksima dan bijak memenuhi masa dengan pengisian perkara berfaedah dalam proses pembelajaran tumbesaran kanakkanak. Nikmat apa lagi yg kau dustakan With  Jasman Jurami # MJJana

18022020 : FAMILY ZAMRI KURSUS DAN HAKIMAH BALIK PUTRAJAYA

Image
18022020 : FAMILY ZAMRI KURSUS DAN HAKIMAH BALIK PUTRAJAYA (upload foto dalam album fb) Spent quality time with family Alhamdulillah, dapat melepas kerinduan, personal loving touch bersama Ammar, Zara dan Hani. Tempoh hari tidak sempat kerana kesebokan persiapan majlis Walimatulurus  Hafiz Afandi T.kasih  Zamri Zahari  memberi peluang kepada kami 3 bulan berturutturut balik kg isteri,  Hakyma Maziah . Kepada nenek, nenda, opah, tok ma di luar sana yg mana cucu-cucu duduk berjauhan tentu dapat merasakan perasaan ini. Maklumlah sesekali berjumpa. Belaian dan pelukan yg tidak dapat dinikmati melalui video call. Nikmat apa lagi yg kau dustakan, Subhanallah, Alhamdulillah # MJJana

17022020 : MENYANTUNI KAK SALAMAH DAN SWIMMING POOL KELAB GOLF SRI MORIB

Image
17022020 : MENYANTUNI KAK SALAMAH DAN SWIMMING POOL KELAB GOLF SRI MORIB Tempoh hari semasa menghantar kad jemputan walimatulurus tidak sempat bersembang panjang. Oleh itu hari ini pulang dari ambil darah di Klinik Tg. Sepat, saya dan Liyana singgah ke rumah Kak Salamah dan sempat bersembang santai.   Alhamdulillah sepupu yang pada satu masa rumahnya begitu meriah untuk buga dan homestay kini masih indah dan segar buga pokok pokok bunganya.   Mengimnbau kenangan semasa ada arwah bonda dahulu suka sangat mengajak ke rumah kak Salamah  untuk cuci mata dengan bungabungaan. Semoga kak Salamah terus diberi kesihatan untuk berteraphy dengan  bunganya. Dalam perjalan pulang, kami telah singgah di Kelab Golf Sri Morib. Bagi mengembangkan lagi sayap PSA, kami ke KGSM untuk bertanyakan penggunaan Swimming Pool . Alhamdulillah dibenarkan dan selepas ini adalah proses untuk mendapatkan pelajar dari sekitar Indah Perdana yang berminat.

16022020 : WEDDING RUMIDAH YASIN DAN KUNJUNGAN LATIFAH DAN HAMIN

Image
16022020 : WEDDING RUMIDAH YASIN DAN KUNJUNGAN LATIFAH DAN HAMIN Tahniah Rumidah (kawan STARIANs 7879) atas menerima menantu dari Temerloh. Sebelum itu kami sempat singgah di rumah Latifah (kawan SMKTD MJJ) dan mendengar kisah perkahwinan ke 3 atau ke 4  bersama Hj. Hamim. Tahniah... dan kenangan bersama Farid yang nampak begitu ceria mendapat ayah baru. Melihat ragam Farid, seorang yang mild autism hendak menonton TV bersama Liyana. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.