26022020 : KISAH KAKI DIPOTONG SEBAB TERKELAR SABIT KELAPA SAWIT

26022020 : KISAH KAKI DIPOTONG SEBAB TERKELAR SABIT KELAPA SAWIT 

Sekitar majlis Yasin Mubin di rumah Ust. Umi Kalsom setelah sekian lama ditinggalkan.  Buat pertamaa kalinya tahun ini kami berjumpa semula kerana masing-masing terlalu busy dengan urusan dunia dan pelbagai.

Kalau tahun lepas perjumpaan ini dilakukan pada setiap Khamis tapi mulai tahun ini ditukar kepada hari Rabu kerana tidak mahu berlaga dengan kelas Mengaji Muslimah di Masjid At Toyyibin.  

Selesai majlis, kami berkongsi mendengar cerita dari Ima yang pernah mengalami sakit tanan kanan yang dialami selama setahun. Pelbagai perubatan dicuba sehingga berusaha berubat diluar kawasan .  Alhamdulillah kini telah sembuh dan dari beliau jugalah saya mendapat khidmat mengurut.  Boleh repeat.

Di samping itu kami turut mendengar kisah anak saudara beliau yang berusia 20 tahun yang mana minggu lepas berlaku kemalangan yang berlaku di kebun.  Kemalangan berlaku apabila galah sabit jatuh ke atas pehanya yang mana ketika itu sedang membelek hanphonenya di motorsikal.  Abangnya yang ketika itu baru mengait kelapa sawit, terlepas galah yang baru disandarkan di pelepah kelapa sawit  Akibatnya peha terpaksa dipotong kerana sukar di selamatkan kerana jangkitan kuman yang mana mungkin terlewat mendapat rawatan di Hospital Banting. 

Subhanallah. Semoga adik ini cepat sembuh dan redho dengan ketentuanNya.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang