25022020 : ZIARAH ISHAK HASSAN xSPRM, BERKONGSI PESAKIT BUAH PINGGANG
25022020 : ZIARAH ISHAK HASSAN xSPRM, BERKONGSI PESAKIT BUAH PINGGANG
Mendapat berita melalui Whatssap group exMACC tentang seorang sahabat lama yang pernah berkhidmat dalam cawangan Ekonomi sedang dirawat di Hospital Putrajaya.
Alhamdulillah berkesempatan hari ini untuk ziarah beliau. Disamping menjalani rawatan cucian darah untuk masalah buah pinggangnya turut mengalami ulcer di perut. Selesai koloniscopy dan semoga tiada memudaratkan.
Dengan ditemani oleh Ijah, anak sulungnya bergilir-gilir dengan isteri Niza, juga teman saya mengingatkan saya kepada arwah bonda saya serta kakak saya, Mariam yang turut membuat rawatan buah pinggang. Berkongsi sedikit pengalaman sebagai ahli keluarga terdekat semasa menjaga arwah bonda dengan mengingatkan mereka tentang betapa pentingnya penjagaan kebersihan semasa melakukan rawatan cucian.
Semoga segalanya dipermudahkan dan dalam usia warga emas ini kita sentiasa kuat dan tabah dengan pelbagai ujian driNya. Kita semua diuji mengikut kekuatan kita.. Allah lebih mengetahuinya.
Comments
Post a Comment