27022020 : HARI BERSAMA PELADANG DI BATU LAUT - nukilan MJJ
27022020 : HARI BERSAMA PELADANG DI BATU LAUT - nukilan MJJ
HARI BERTEMU PELANGAN 2020, PPK BATU LAUT
Ketegangan politik membimbangkan rakyat.
Penghargaan dan tkasih kpd Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Laut yg telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan di perkarangan pejabatnya pada 27 Feb 2020.
Pelbagai jualan, pameran dan aktiviti diadakan, termasuk ceramah oleh Tuan Zaid Pegawai Malaysian Palm Oil Bord (MPOB) tentang usaha menggalak dan mengawal selia tanaman sawit pekebun kecil.
Penggunaan racun rumpai, hanya perlu di sekeliling tanaman pokok sawit. Pokok2 kayu, dan anak2 sawit liar perlu dimatikan.
Rumput lembut perlu dibiarkan terutama di tanah gambut agar tanah tidak terlalu kering dan gersang semasa kemarau.
Baja ditabur di kawasan tompokan pelepah yg dicantas, kerana disinilah tempat akar muda tanaman sawit.
Buah sawit dipetik apabila sekurang2nya sebiji buah sawit telah gugur.
Memastikan tidak ada buah tandan sawit tergantung semasa
Pronning daun sawit.Sekurang2nya masih ada sepelepah daun dibawah tandan sawit yg belum masak.
Pada tahun 2018 MPOB menamatkan pembiayaan tanaman semula sawit kpd pekebun kecil apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan dengan menggantikannya melalui kaedah pinjaman.
Perletakan jawatan Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri ke- 7 pada 24 Feb 2020 dan tumbangnya kerajaan dibawah pimpinannya mengakibatkan krisis politik yang tegang dan membimbangkan rakyat.
Rakyat termasuk Pekebun kecil mengharapkan dan berdoa pemimpin2 parti politik dapat segera mereda dan menamatkan krisis dan ketegangan agar negara kekal aman dan ekonomi yang stabil.
Pekebun kecil memohon melalui MPOB agar kerajaan
dapat meneruskan fungsinya didalam menggalakkan dan mengawalselia tanaman sawit termasuk meneruskan pemberian bantuan tanaman semula sawit kepada pekebun kecil.
Muhamad Jasman Jurami @ MJJ, Banting,Selangor.
27 Feb 2020
Comments
Post a Comment