22022020 : KAYA EMAS KERAMAT, REZEKI SYAFIQ
22022020 : KAYA EMAS KERAMAT, REZEKI SYAFIQ
Teringat satu masa dahulu Syafiq membawa kami ke pejabat ini untuk membuat satu kejutan, tapi Syafiq yang terkejut kerana difahamkan belum mendapat kelulusan daripada DBKL.
Tapi kali ini kesungguhannya berusaha dalam kerjayanya telah membuahkan hasil dengan sebahagian bantuan dari keluarga. Akhirnya impian menjadi kenyataan.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmatMu Ya Allah. Nikmat apa lagi yang kau dustakan.
Semoga ia juga menjadi pembakar semangat kepada Syafiq untuk terus berusaha.
Anak-anak
kini lebih berminat dengan rumah seperti kondo, service apartment dan mungkin
itu yang termampu dengan keadaan ekonomi sekarang. Lainlah zaman kami dahulu.
Ibu
doakan semoga selepas ini Syafiq akan lebih memberi tumpuan kepada suriya yang
bakal mengisi rumah itu pula.
Comments
Post a Comment