31122019 : "FARA'IDH,HIBAH DAN WASIAT; ISU DAN CADANGAN nukilan MJJ
31122019 : "FARA'IDH,HIBAH DAN WASIAT; ISU DAN CADANGAN
Penulis; Muhamad Jasman Jurami
Fara'idh/Ketetapan
Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.
Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, dan semua hutang-hutang simati termasuk Zakat, Nazar,wasiat mengikut syarak, hutang bank dan orang perseorangan.
Surah An-Nisa' surah 11 dan 12 memperjelaskan waris yang layak menerima termasuk ibu, bapa, suami, isteri, anak lelaki anak perempuan dan seterus; dan jumlah agihan yang patut diterima.
Pengurusan harta pusaka boleh dibuat melalui Bahagian Pusaka Kecil bagi harta alih dan harta tak alih yg nilainya tidak lebih RM 2 juta.
Bagi yang nilainya lebih RM 2 juta urusan boleh dibuat di Mahkanah tinggi dengan melantik Peguam yg dipercayai.
Kelewatan mengurus akan lebih merumitkan.
Hibah
Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul serta rukun dan syarat hibah. Ianya bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala, memuliakannya, tetapi sebagai tanda kasih dan sayang.
Contoh;
Hibah kpd anak angkat kerana anak angkat tidak layak menerima Fara'idh.
Hibah kpd isteri muda sebagai tanda cinta dan kasih
Wasiat
Dalam mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak.
Di bawah Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak, selepas dia mati.
Wasiat dibenarkan sejumlah tidak lebih 1/3 bahagian atau 33.33 % drp jumlah nilai harta yg dimiliki oleh pewasiat.
Contoh;
Wasiat
duit simpanan akan diinfakan kpd masjid dan surau.
Isu dan Cadangan
1) Tanah pusaka milik orang
Harta tak alih, Tanah milik JKKK untuk kepentingan penduduk kampung yg dibeli pada suatu masa dulu hasil
kemenangan kampung terbaik.
Atas sebab tertentu dan dengan penuh kepercayaan pemilikannya didaftarkan atas nama individu tertentu. Semasa ini beliau telah meninggal dunia.
Waris simati dimohon agar segera menguruskan pindahmilik harta tersebut melalui Bahagian Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi yg mana berkenaan, dengan menyatakan dan mengesahkan pemilik sebenarnya.
Bagi tujuan tersebut, JKKK @MPKK disyur berbincang dan bertanggungjawab mengeluarkan kos membantu waris menguruskan pentadbiran pembahagian pusaka tersebut kpd pemegang amanah-mewakili penduduk kampung.
2)Penama bukan pemilik sebenar
Bagi harta tak alih, tanah milik JKKK yg didaftarkan atas nama individu tertentu dan beliau masih hidup, berumur lebih 75 tahun disyurkan dipindah milik secara Hibah kepada pemegang Amanah- mewakili penduduk kampung,tidak menunggu kematiannya.
Bagi tujuan tersebut JKKK @ MPKK juga kena bertanggungjawabmengeluarkan kos dan membantu urusannya.
Penulis,Mantan Guru dan Pegawai Tadbir & Diplomatik
MJJ, Banting
31 Dis 2019

Comments
Post a Comment