21122019 : ANDA ACEH DAY 4 ACEH, SERAMB I MEKAH : TSUNAMI SUATU MUSIBAH ADA HIKMAHNYA
21122019 : ANDA ACEH DAY 4 - ACEH, SERAMBI MEKAH : TSUNAMI SUATU MUSIBAH ADA HIKMAHNYA
Penulis Muhamad Jasman Jurami
Sejarah Aceh
Aceh dikenali serambi Mekah, hampir seluruh penduduknya seramai 5.3 juta beragama Islam.
Islam telah bertapak di Aceh apabila Sultan Merah Silu (meninggal 1297) raja kerajaan Samudera Pasai, memeluk agama Islam.
Menjelang kejatuhan Kerajaan Samudera Pasai wujud kerajaan Aceh Darul Salam.
Aceh sebagai kerajaan Islam mencapai puncak kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Wilayahnya termasuk Minangkabau,Johor dan Pahang.
Sultan Iskandar Muda telah mengahwini puteri Pahang dan dikatakan amat disayangi.
Semasa kegemilangan kerajaan Aceh Darul Salam, terdapat ramai tokoh ulama yg terkenal di Aceh. Antaranya Abdul Rauf Singkil,Hamzah Fansuri,Nuruddin Al Raniri dan Syamsuddin Al Sumatrani.
Semasa kedatangan Belanda, orang Aceh memberikan tentangan hebat. Belanda gagal menguasai Aceh secara total.Belanda terpaksa membina semula masjid2 yg telah dibakar oleh tentera Belada dalam usaha untuk meredakan kemarahan penduduk Aceh.
Antara pejuang Aceh yg menentang Belanda ialah Teuku Umar dan isterinya pahlawan wanita Cut Nyak Din.
Orang Aceh yang ditawan Belanda dipaksa bekerja dengan badan diikat antara satu dengan yg lain.
Setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, berlaku konflik antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan Angkatan Tentera Indonesia.
GAM mendakwa pemerintah Indonesia telah menghianati rakyat Aceh yang telah berjasa melahirkan Indonesia. Hasil kekayaan petrolium dari Aceh dikatakan dibawa ke Jakarta bukan untuk
rakyat Aceh.
Di Malaysia keturunan Aceh ramai terdapat di Kedah, Perak dan Lembah Kelang. Sebahagian daripada mereka menjalankan perniagaan.
Tsunami 26 Dis 2004
26 Disember 2004 jam 7.55 pagi waktu Indonesia, Aceh
dilanda tsunami yang amat dahsyat selepas berlakunya gempa bumi yang menakutkan.
Gempa bumi berkekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter menggoncang barat daya Sumatera.
Paras air laut bertambah tinggi.Gelombang ombak yang tinggi dan amat deras dari lautan menghempas dan memukul
Perkampungan yang ditenggelami air melebihi ketinggian manusia.
Penduduk bertempiaran menyelamatkan diri.
Namun ramai yang tidak sempat, menjadi mangsa terutama warga tua, uzur, baru bersalin dan kanak2. Ada yang bernasib baik, berada di atas kapal dan masih hidup setelah tersangkut di celah pokok.
Lebih 280 ribu penduduk Aceh mati terkorban,
bergelimpangan tanpa pakaian tersangkut bersama kayu, sampah dan bangkai haiwan .
Jalan perhubungan, bangunan , rumah kediaman, bekalan letrik, air,kenderaan dan tanaman rosak dan hancur musnah.
Kedengaran ratapan tangisan ayah, ibu,dan anak yang terselamat atas kehilangan ahli keluarganya.
Mayat manusia yg bergelimpangan tanpa pakaian tidak dapat dikenali identitinya dikumpul dan dikuburkan beramai dalam satu kawasan.
Aceh menerima bantuan dari pelbagai negara termasuk Malaysia.
Bantuan segera termasuk pengumpulan mayat , pengkebumian,
pelupusan sampah sarap,pembekalan makanan, air bersih, tempat tinggal kpd mangsa yg terselamat dan sebagainya.
Selepas 15 Tahun Tsunami
Tsunami suatu musibah juga ada hikmahnya.
Dari segi politik,
Tsunami telah memberikan keinsafan kepada pemerintah Indonesia dan rakyat Aceh khususnya. Konflik antara GAM dengan pemerintah Indonesia dikatakan telah reda.
Pemerintah Indonesia menunaikan tuntutan rakyat Aceh dengan mengembalikan hasil bumi Aceh.Pemimpin GAM diberikan jawatan dalam pentadbiran.
Pembangunan Aceh semakin pantas hasil daripada bantuan pelbagai negara. Pembinaan semula jalan raya yg lebih baik, pembinaan pelabohan, hospital, universiti,
masjid dan sebagainya.
Penduduk Aceh yang kehilangan rumah memperoleh rumah baru. Kerajaan Turki antara yg memberikan bantuan membina rumah kediaman yang sempurna.
Kini kesan Tsunami di Aceh menjadi tumpuan tarikan pelancung dari dalam dan luar negara. Industri perhotelan, homestay, pasar membeli belah meningkatkan taraf ekonomi penduduk Aceh.
Penduduk Aceh semakin memperoleh murah rezeki dan banyak beramal Solleh.
Agensi pelancungan Pt. Atrabu Taur & Travel, Milik Hj Ariffin Ibrahim telah membawa kami ke tempat2 menarik dan kesan Tsunami
Antaranya;
Masjid Rahmahtullah Lampuuk,masih kukuh sungguhpun kawasan sekelilingnya hancur musnah.
Kubah masjid beralih tempat
Kapal Nelayan tersangkut di atas rumah menyelamatkan, 59 penduduk, lelaki, perempuan dan kanak-kanak
Kapal generator,
membantu bekalan letrik terdampar di daratan
Muzium Tsunami - mempamerkan pelbagai penceritaan,gambar audio dan vedio kesan tsunami.
Masjid Raya Baiturrahman mempunyai payung, menyerupai masjid Nabawi di Madinah.
Rumah pejuang,Chut Nya Dhien yg dibakar Belanda dibina semula sebagai muzium.
Perkuburan Massal menempatkan 46,718 mangsa tsunami.
Kubu Jepun semasa perang Dunia kedua
Pulau Saba yg mempunyai pantai, yang cantik dan menarik.Antaranya pantai Paradiso
Kilometer O Indonesia.
Mengimbau kembali musibah yg berlaku, kini penduduk Aceh yang terselamat masih merasa sedih atas kehilangan ahli keluarganya.
Ada penduduk mengatakan ternampak bayangan arwah ahli keluaga datang ke rumah. Ada yang ternampak anak-anak bermain, hilang apabila didekati dan mayat dijumpai di kawasan berhampiran.
Apapun yang yang telah berlaku,mereka tetap redho dan menganggap Tsunami sebagai kiamat kecil.
Realitinya Tsunami di Aceh 26 Disember 2014 adalah suatu musibah namun ia ada hikmahnya.
Mjj , Banting Selangor
22 Dis 2019
Penulis mantan Guru dan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD,) mengikuti lawatan bersama AJK Persatuan Guru Selangor ke Aceh 18-21Dis 2019.

Comments
Post a Comment