16112019 : REMAJA MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA DI PANTAI MORIB DAN PAU DI BATU LAUT

16112019 : REMAJA MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA DI PANTAI MORIB DAN PAU DI BATU LAUT

KEMATIAN GADIS DALAM KERETA SEBAGAI IKHTIBAR

Kampung Endah, Sabtu,16 November 2019.

Amat sedih seorang gadis berusia 24 tahun, anak sahabat  sekampung, Nadia binti Ishak @ Safian bin Hj Yunus bin Hj Siraj telah ditemui meninggal di dalam kereta miliknya pada jam  9 pagi di pantai Morib.

Nadia kakitangan 
 HUKM yg tinggal menyewa rumah bersama rakan berhampiran tempat kerja, pulang ke kampung bercuti hujung minggu. 

Dalam perjalanan pulang selepas waktu pejabat, petang jumaat 15 Nov 2019, jalan  penuh sesak menyebabkan beliau lewat sampai ke rumah.

Nadia sampai selepas waktu magrib, pintu rumah berkunci, ibu bapanya ke masjid menghadiri majlis Maulidulrasul.

Nadia gagal menghubungi ibubapanya kerana mereka tidak membawa telefon bimbit.

Sambil menunggu ibubapanya pulang Nadia ke pantai Morib jarak kira-kira 3 kilometer dari rumah  untuk berehat.

 Bagaimanapun kerana keletihan, Nadia tertidur dalam keretanya dengan enjin dan aircond kereta tidak dimatikan dan cermin pintu kereta tertutup rapat.Nadia meninggal dipercayai lemas  terhidu kebocoran gas monoksida daripada keretanya.

Ibu bapa, saudaramara, sahabat handai dan kita semua amat sedih atas kematiannya.

 Trarajedi sedemikian
harus dijadikan  ikhtibar. 

Cermin kereta perlu dibuka sedikit, apabila kita berehat dalam kereta yg enjin dan aircond dihidupkan.

 Telefon bimbit @ hp perlu dibawa ke mana jua untuk boleh dan mudah dihubungi sepanjang masa.

Kita harus sentiasa berusaha dan berikhtiar  menghindari sebarang kemungkinan yg tidak diingini. Namun,
 segala akhirnya adalah ketentuan Ilahi jua.

Takziah untuk ahli keluarga Nadia.Tiga malam bacaan tahlil diadakan di majid At -Toyyibin, Kg Endah.Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal Solleh.Al-.Fatihah Aamiin.

MJJ,Indah Perdana, Kg Endah, 

16 Nov 2019
Pagi ini say amemenuhi pelawaan Kak Mah dan RUby malam tahi untuk join belajar pau anjuran PWB Bt. Laut. 

Oleh itu se awal jam 8.30 pagi kami bertolak ke Dewan Orang Ramai Batu Laut. Alhamdulillah niat yang baik untuk menuntut ilmu walaupun  bukanlah beriya sangat untuk belajar buat pau itu tapi sekurang-kurangnya dapat memanjangkan ilmu kepada anakcucu.
Peluang ini juga saya ambil untuk lebih mengenali YB Borhan Aman Shah yang kebetulan merasmikan majlis pembukan Program.
Seterusnya berjumpa kenalan yang telah dikenali juga kenalan baru.
 Berikut adalah resepi pau tersebut.




Jam 11.00 pagi kami bertiga mengundur diri dahulu untuk menyantuni majlis perkahwinan kenalan di IDDC Shah Alam, Dr. Basir dan Dr. Azean.
Sejurus sebelum meninggalkan majlis, turut terharu apabila diberitahu oleh Hjah. Zabidah, staf PWD yang menguruskan program ini mengatakan anak saudara meninggal dunia akibat terhidu gas monoxida di dalam aircond di kereta di Morib. Subhanallah. 
Pada sebelum petangnya kami menyantuni majjls di IDCC.



Malamnya pula semasa di Masjid, berjumpa teman Arwah Nadia, sedih mendengar cerita mereka.

Pagi tadi difahamkan ibu Nadia di masjid bercerita tentang anak lelakinya, berusia 20 tahun  yang meninggal dunia  kerana accident beberapa tahun lalu.
Sedangkan tadi viral di My Kuala Langat yang pekerja di pantai menjumpai remaja meninggal dunia di tepi pantai Morib. 

Semoga keluarga yang ditimpa ujian Allah ini tabah dan redho dengan ketentuanNya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 





Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang