Posts

Showing posts from November, 2019

30112029 : KONDANGAN / WEDDING ROSLI & HIDAYAH DAN SAMSUDIN & FATIMAH

Image
30112029 : KONDANGAN/ WEDDING ROSLI & HIDAYAH DAN SAMSUDIN & FATIMAH Walaupun jauh dan bertembung dengan banyak jemputan, kami menyantuni tiga wedding untuk minggu ini. Alhamdulillah  Allah masih memberi peluang untuk kami bertemu dengan sahabat handai di dalam Majlis persandingan Durratun Nasihin, ratu jimnas Malaysia satu ketika dahulu yang merupakan anak ketiga rakan sepejabat saya. Selepas itu kami berkejar ke Dewan Melati Perbadanan Putrajaya menyantuni anak jiran tetangga di Putrajaya. Sungguh ramai teman sekuliah pengantin, bak kata Liyana satu kampus UIA datang kot.  Tahniah untuk mereka dengna pertambahan ahli keluarga .

29112019 : LADIES N SIBLING OUTING

Image
29112019 : LADIES N SI BLING OUTING Sekali lagi ladies outing. Liyana cuti tiga hari bolehlah shopping ladies things. Mencecah usia 20 tahun, beliaulah peneman tatkala membeli belah barangan wanita. Maklumlah yang sulung jauh di mata tetapi tetap dekat di hati. Kebetulan pula Ain dan Anis serta pilotnya, Arif ada di sekitar Banting. Apa lagi....KFC lah kita. hampir setahun tidak merasa KFC di kedai. Kalau 30 tahun dahulu paling tidak seminggu sekali sambil mencarikan lunch untuk anak-anak yang masih di sekolah rendah di Bukit Damansara. How time flies. Kini mereka sudah dewasa dan punya kehidupan dan ceritera masing-masing yang ada kala seronok untuk berkongsi. Alhamdulillah.

28112019 : LIYANA CUTI LAGI DAN MERANCANG MESYUARAT KELUARGA MJJANA

Image
28112019 : LIYANA CUTI LAGI DAN MERANCANG MESYUARAT KELUARGA MJJANA Kembali berdua dan terus merancang untuk mesyuarat MJJana. Petang ini kami menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan memenuhi hobi masing-masing. Setelah selesai menanamm pokok-pokok buah-buahan yang bersekali besar dan lama, kini hobi terkini ialah menanam rumput. Saya pula dengna projek memindahkan pokok dedaunan dan bunga yang semakin membesar. Kali ini dua buah pasu lagi berpindah tempat dari kedai KonKia ke Villa MJJana. Meniru gaya dan idea dari rumah Dato Sri Rahim, pokok dedaun ... dipindahkan ke pasu yang lebih besar agar daunnya tambah melebar. Alhamdulilah, dengan nikmatMu Ilahi.

27112019 : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN ADALAH GEJALA MENTAL DISORDER

Image
27112019 : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN ADALAH GEJALA MENTAL DISORDER Melihat status anak-anak melalui group whatsapp kebanyakannya berlegar foto-foto makanan. Alhamdulillah. Saya pun update. Kini tiada terjebak dalam drama yang umpama baru-baru ini walau pun tidak melihat sepenuhnya tetapi terkesan jugalah lakonan Amyra Rosli dengan Emma Maembong. Begitulah lumrah hati wanita yang boleh dikaitkan dengan gejala mental disorder. Alhamdulillah Dengan Alquran dan iman serta aqidah yang kuat, kita manusia yang lemah ini tetap dengan pendiriannya untuk terus menjaga hati... Tempahan yasin diterima, semoga dipermudahkan.

26112019 : PISIO DAN MAKASAR

Image
26112019 : PISIO DAN MAKASAR Memandangkan kami sudah sampai di Villa MJJana, sedangkan Liyana dalam perjalanan pulang, kami pun berusaha untuk memudahkan perjalanan Liyana balik kampung. Inilah gunanya berkawan. Memandangkan Syafiq agak busy dengan program Cuti Sekolah di Piranhan Swimming Academy, dan tiada kereta untuk Liyana, maka saya usahakan untuk menumpangkan Liyana kepada Shaliza, di IKN. Malangnya mesej hanya dapat dibaca setelah memperoleh line keranabeliau berada di Makasar. Sempat berkongsi Masjid 8 Kubah. Doakan satu hari saya akan ke sana., Amin..

25112019 : PERKAHWINAN; RESTU IBU, CINTA,KASIH DAN SAYANG

25112019 : PERKAHWINAN; RESTU IBU,  CINTA, KASIH DAN SAYANGI Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah. Semoga ini adalah ketentuan dari nya . Kami redha Ya Allah. Hari ini ditakdirkan mendengar luahan perasaan seorang BFF, seorang yang begitu dekat di hati saya yang menyatakan tentang hasrat untuk memperkenalkan seorang gadis untuk anaknya tidak kesampaian kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah Penentu segala. Maka saya beri dia semangat untuk terus muhasabah diri dan istiqomah. Antara nasihat saya ialah: Assalamualaikum Ani, Semoga kita semua sentiasa dalam kerahmatanNya. Sebagai orang tua, adakalanya kita hanya memperkenalkan anak-anak dengan hasrat utk menyimpulkan ikatan sebuah mahligai rumahtangga, sekiranya ada keserasian. Walau apapun itu sekadar satu usaha ke arah penyatuan dua hati. Namun, sekiranya perkenalan yg begitu singkat ini tidak terjalin kasih sayang dan keserasian untuk terus melayari kehidupan berumahtangga, elok juga ia tidak diteruskan demi menjag

24112019 : TAMAN BUNGA DAN HERBA DI SEKSYEN 4, BANDAR BARU BANGI, WEDDING AMIDAH DAN DATUK RAHMAH

Image
24112019 : TAMAN BUNGA DAN HERBA DI SEKSYEN 4, BANDAR BARU BANGI, WEDDING AMIDAH DAN DATUK RAHMAH Mental disorder. Menjadi topik bualan sepanjagn hari ini. Fikiran bercelaru. walau apa pun Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Ya. Allah berikan kami kekuatan.

23112019 : WEDDING ROSMA kG. ENDAH DAN SUADI PRESINT 15

Image
23112019 : WEDDING ROSMA KG. ENDAH DAN SUADI PRESINT 15  Bagi menyantuni beberapa jemputan perkahwinan anak rakan, hari ini kami terpaksa bergerak awal ke rumah Rosmah Sipon dan seterusnya ke majlis anak Suaidi Suki. Alhamdulilah bersembang bersama sahabat handai dan jiranita Member 8E dan xMACC. Pada sebelah petangnya sempat ziarah prihatin isteri En. Naha, JENAN di IKN. Semoga tabah dengan ujian dariNya. 

22112019 : KOLONO DAN PERJUMPAAN EMPAT MATA DI RESTOREN HAILAM BANTING

Image
22112019 : KOLONO DAN PERJUMPAAN EMPAT MATA DI RESTOREN HAILAM BANTING Selesai prosedur kolono, saya telah dijemput oleh Syafiq dan pada petangnya kami mengadakan pertemua empat mata untuk meneruskan perancangan selanjutnya keluarga MJJana. Semoga penjelasan dapat memuaskan hati kedua-dua pihak. Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Kami hanya mampu merancang, Kau yang Maha Esa penentu segala.  tbc

21112019 : RENO BILIK HAZIM OLEH EN SAMSUDIN

21112019 : RENO BILIK HAZIM OLEH EN SAMSUDIN Seperti yang dijanjikan hari ini kontraktor Samsudin memulakan kerjanya. Pengubahsuaian kecil bilik Hazim memang telah dalam perancangan semenjak bilik itu dijadikan dua tingkat (attic) berikutan keadaan bumbung yang tinggi dan mengambil konsep rumah-rumah di Eropah. Hasrat untuk menutup ruang tepi tangga akan dibuat bagi menampakkan imej bilik tanpa ada nampak tangga. penjimatan ruang peredaran udara dan lebih kemas. Beberapa sebut harga diambil dan dirasakan sebutharga dari En. Samsudin agak berpatutan lagipun kami pernah mengambil khidmatnya sebelum ini dan puas hati. Hari pertama membuat kerja bersama seorang lelaki Indon menyaksikan pekerja jatuh tangga. Subhanallah, nasib baik tidak luka dan hanya perlu urutan sahaja.  Semoga dengan pengubahsuaian ini tiga ruangan boleh dimanafaatkan sepenuhnya

20112019 : KOLONO GAGAL DAN PERLU DIULANGI JUMAAT 22112019

Image
20112019 : KOLONO GAGAL DAN PERLU DIULANGI  JUMAAT 22112019 Jam 5.00 pagi baru saya berjaya mengeluarkan isi kandungan usus. Seawal jam 7.30 pagi saya sudah sampai di hospital. Kita hanya boleh merancang, Allah penentu segala. Prosedur yang dilakukan oleh Miss Sadhana gagal kerana kabur menurutnya mungkin ada kaitan dengan kandungan usus masih ada saki baki. Oleh itu saya perlu mengulangi proses tersebut sekali lagi. Di Day Care center bertemu dengan doktor muda yang begitu baik, bagus personalitinya. ala-ala Adli, hanya cerah sedikit.  Sempat juga berkongsi cerita dengan pm Liyana sebelum beliau menduduki peperiksaan akaun, tilawah dan math. 

19112019 : CT SCAN AGAIN - HOSPITAL PUTRAJAYA

Image
19112019 : CT SCAN AGAIN - HOSPITAL PUTRAJAYA Dua hari berturut-turut, hari ini dan esok ada appoitmen di Hospital Putrajaya.  Hari ini untuk melakukan CT Scan di kepala ekoran kesakitan di kepala.  Pertama kali saya melakukan CT Scan dan MRI ialah diHospital Denai di Taman Desa dan menemui infak.  Dikatakan infak itu tidak boleh dibuat dan ia mungkin juga menjadi punca sakit kepala. Namun dikatakan infak itu tidak membesar dan mungkin ial kesan jatuh semasa kanak-kanak. Kali in saya akan cuba melakukannya di Hospital Putrajaya. Agak khuatir juga kali ini kerana sudah semingu batuuk ini tidak pulih lagi,  Dikhuatiri ia akan memberi kesan semasa CT Scan dilakukan. Setelah menanti hampir tiga jam, nama saya naik dan tidak sampai pun 20 minit selesai. Persiapa 15 minit dan scan 10 minit.  Ya Allah, aku tahu Kau mengujiku mmengikut kekuatan hamaNya. Esok pula saya akan melakukan kolonoscopic. Sekali lagi malam ini membuat persiapan membersihkan usus sebelu

18112019 : MARKISA UNTUK JIRANITA PRESINT 18C

Image
18112019 :  MARKISA UNTUK JIRANITA PRESINT 18C Hasil keringat MJJ, hari ini saya dapat berkongsi hasilnya bersama beberapa orang jiranita Presint 18C. Rezeki kita kongsi bersama. Antaranya ialah buah markisa yang begitu sedap juicenya.  Antara khasiatnya ialah . Alhamdulillah, syukur  dapat mengeratkan ikatan silaturrahim bersama khariah Masjid Mahmooodiah. Pesanan Hjh. Rohani, Bila orang tanya kesihatan.. just jawab ALHAMDULILLAH

17112019 : MARHABAN DI RUMAH SUKMASAIRA

Image
17112019 : MARHABAN DI RUMAH SUKMASAIRA Sempena majlis perkahwinan anak sulung  Sukmasaira, kumpulan Nur Indah Perdana dijenput untuk mengadakan marhaban. Saya mengambil kesempatan untuk berkongsi kesedihan keluarga arwah Nadia daripada perbualan teleon saya dengan Hj. Zabedah. Alhamdulillah dapat mengajak mereka menyedekahkan Fatehah untuk arwah.  Mati tidak kenal usia dan dimana. /situsai sekadar penyebab. Apa-apa pun eloklah kita ambil ikhtibat. 1. Penggunakan handphone 2. tinggalkan kunci pada anak-anak yang lebih penting jangan tidur di kereta dengna onkan aircond tanpa membung sedikit tingkap kereta. MJJ juga turut mengupload dalam fb dan beberapa group whatsapp ekoran daripada insiden serih itu. seperti berikut: -

16112019 : REMAJA MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA DI PANTAI MORIB DAN PAU DI BATU LAUT

Image
16112019 : REMAJA MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA DI PANTAI MORIB DAN PAU DI BATU LAUT KEMATIAN GADIS DALAM KERETA SEBAGAI IKHTIBAR Kampung Endah, Sabtu,16 November 2019. Amat sedih seorang gadis berusia 24 tahun, anak sahabat  sekampung, Nadia binti Ishak @ Safian bin Hj Yunus bin Hj Siraj telah ditemui meninggal di dalam kereta miliknya pada jam  9 pagi di pantai Morib. Nadia kakitangan   HUKM yg tinggal menyewa rumah bersama rakan berhampiran tempat kerja, pulang ke kampung bercuti hujung minggu.  Dalam perjalanan pulang selepas waktu pejabat, petang jumaat 15 Nov 2019, jalan  penuh sesak menyebabkan beliau lewat sampai ke rumah. Nadia sampai selepas waktu magrib, pintu rumah berkunci, ibu bapanya ke masjid menghadiri majlis Maulidulrasul. Nadia gagal menghubungi ibubapanya kerana mereka tidak membawa telefon bimbit. Sambil menunggu ibubapanya pulang Nadia ke pantai Morib jarak kira-kira 3 kilometer dari rumah  untuk berehat.  Bagaimanapun kerana keletihan, Nadia ter

15112019 : PENCARIAN HOMESTAY PUTRAJAYA

Image
 15112019 : PENCARIAN HOMESTAY  PUTRAJAYA Apabila dimaklu, mkan oleh agent, sudah ter double booking, terpanggil untuk membantu mencarikan homestay untuk. guest yang booking last minute ni. maksud last minute ialah menempah seminggu sebelum tarikh checkin. Bagi menangani masalah ini barulah saya dapat hubungi pengusaha-pengusaha homestaay sekitar Putrajaya.  Alhamdulillah rupanya ramai juga pengusaha yang bekerjasama. Walau apa pun ramaiyang lebih berminat dengan teres house kerana maslah parking berbanding appartment atau service kondo yang mempunyai kemudahan swimming pool. Kesimpulannya, bersyukur dengan nikmat yang Diberi