21112019 : RENO BILIK HAZIM OLEH EN SAMSUDIN


21112019 : RENO BILIK HAZIM OLEH EN SAMSUDIN

Seperti yang dijanjikan hari ini kontraktor Samsudin memulakan kerjanya. Pengubahsuaian kecil bilik Hazim memang telah dalam perancangan semenjak bilik itu dijadikan dua tingkat (attic) berikutan keadaan bumbung yang tinggi dan mengambil konsep rumah-rumah di Eropah.

Hasrat untuk menutup ruang tepi tangga akan dibuat bagi menampakkan imej bilik tanpa ada nampak tangga. penjimatan ruang peredaran udara dan lebih kemas.

Beberapa sebut harga diambil dan dirasakan sebutharga dari En. Samsudin agak berpatutan lagipun kami pernah mengambil khidmatnya sebelum ini dan puas hati.

Hari pertama membuat kerja bersama seorang lelaki Indon menyaksikan pekerja jatuh tangga. Subhanallah, nasib baik tidak luka dan hanya perlu urutan sahaja. 

Semoga dengan pengubahsuaian ini tiga ruangan boleh dimanafaatkan sepenuhnya


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang