25112019 : PERKAHWINAN; RESTU IBU, CINTA,KASIH DAN SAYANG

25112019 : PERKAHWINAN; RESTU IBU,  CINTA, KASIH DAN SAYANGI

Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah.
Semoga ini adalah ketentuan dari nya . Kami redha Ya Allah.

Hari ini ditakdirkan mendengar luahan perasaan seorang BFF, seorang yang begitu dekat di hati saya yang menyatakan tentang hasrat untuk memperkenalkan seorang gadis untuk anaknya tidak kesampaian kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah Penentu segala. Maka saya beri dia semangat untuk terus muhasabah diri dan istiqomah. Antara nasihat saya ialah:

Assalamualaikum Ani,

Semoga kita semua sentiasa dalam kerahmatanNya.

Sebagai orang tua, adakalanya kita hanya memperkenalkan anak-anak dengan hasrat utk menyimpulkan ikatan sebuah mahligai rumahtangga, sekiranya ada keserasian.

Walau apapun itu sekadar satu usaha ke arah penyatuan dua hati. Namun, sekiranya perkenalan yg begitu singkat ini tidak terjalin kasih sayang dan keserasian untuk terus melayari kehidupan berumahtangga, elok juga ia tidak diteruskan demi menjaga hati masing-masing dan tidak menyinggung hubungan silaturrahim kekeluargaan.

Kita hanya manusia kerdil yg hanya merancang, segalanya ketentuan Ilahi.

Sekadar ingatan utk kita semua, 3 perkara yg kita manusia tidak pernah tahu
REZEKI, AJAL MAUT, JODOH.
Semua rahsia Allah yg kita tidak tahu ada hikmah disebaliknya ketentuanNya.

Semoga pertemuan dan segala insiden sepanjang perkenalan ini menjadikan mereka lebih matang dan dewasa.
Terima kasih atas layanan keluarga mereka.....didoakan masing2 akan Ditemukan jodoh dengan pasangan masing2 yg lebih sesuai dan serasi

Saling bermaafan suatu yg dipuji dlm Islam. Maaf jua atas kekurangan dan sekiranya ada kata2 yg mengganggu fikiran dan menyinggung perasaan.

Alhamdulillah setelah menerima teks di atas, beliau merasa agak lega. Alhamdulillah. Sharing is caring.

Dalam masa yang sama, MJJ juga turut update fb status:

PERKAHWINAN; RESTU IBU,  CINTA,KASIH DAN SAYANG

Penulis; Muhamad Jasman Jurami

Tujuan sebuah perkahwinan adalah untuk membina kehidupan yang berteman, membina kebahagiaan hidup berkeluarga dengan beroleh zuriat dan mewujudkan keharmunian sesama pasangan.

 Pada masa sama akan menjauhkan dan menghindarkan perlakuan sumbang, zina dan kemungkaran.

Allah SWT  berfirman, dalam surah Ar-.Rum, ayat 21;

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ

 "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"

Ahli Sosiologi pula menyatakan  perkahwinan  akan mengujudkan suatu ikatan gumpalan hak bersama antara suami dan isteri .

Justeru itu amat diharapkan perkahwinan akan kekal bahagia  bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

 Walaupun perceraian dibenarkan jika tidak dapat dielakkan namun dalam agama Islam ianya adalah sesuatu yang amat dibenci.

 Daripada Sayidina Ibn Umar r.a, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ

“Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak (penceraian)" (HR Abu Dawud dan Ibn Majah).

Sememangnya jodoh pertemuan adalah ketentuan Ilahi.Namun ianya juga perlukan usaha dan ikhtiar .

Dalam kalangan  anak2 muda  yang yang normal samada lelaki atau wanita di samping kerjaya juga perlukan pasangan hidup sebagai suami isteri

Pada masa ini, kebanyakan calon isteri /suami adalah atas pilihan sendiri.

 Calon  isteri/suami boleh diperoleh
daripada pasangan yang ditemui di alam persekolahan, Kolej, Universiti, tempat kerja  dan sebagainya termasuk di alam maya.

Dikatakan ribuan calon yang berkualiti boleh diperoleh  sebagai calon Suami/isteri daripada Agensi mencari jodoh.

Mata berpandangan, senyuman dan kata manis menghasilkan rasa cinta dan kasih.

Namun apa yang amat penting calon isteri/suami tidak menghadapi tentangan sebaliknya  beroleh restu ayah dan ibu.

Walau
bagaimanapun,
dalam kesibukan kerjaya, atau yang pernah putus cinta boleh menjejaskan seseorang hilang tumpuan untuk mencari pasangan walaupun telah mencapai umur yang seharusnya telah mengahiri zaman bujang; lelaki 30 tahun Perempuan 25 tahun.

 Dalam hal yg sedemikian  ibu bapa, saudara dan sahabat handai harus memainkan peranan  membantu mencarikan jodoh untuk mereka.

Apakah keriterianya?
 Bagi lelaki , Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi ibu bapa yang berusaha mencarikan jodoh untuk anak2 pada kebiasaannya  akan memperkenalkan pasangan dalam kalangan saudaramara, anak2  sahabat handai dan kenalan. Ibu bapa berusaha memperkenalkan namun anak yg menentukan
keserasiannya.

Realitinya calon isteri/ suami harus memperoleh restu ayah dan ibu ;  namun rasa cinta kasih dan sayang antara suami isteri bukan  paksaan.

MJJ,Presint 18, Putrajaya.
26 Nov 2019


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang