24092019 : Perancangan pernikahan Nurnina Irwani Zahari Hampir setahun tempoh pertunangan Nina, anak saudara sebelah arwah ibu. Kini tarikh pernikahan seperti yang dijanjikan hampir tiba. 5.10.2019 seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak hampir tiba. Menjelang persiapan itu tahap kesihatan kakakku, Kak Yam semakin dibimbangi. Apabila cucian air yang dilakukan di rumah setiap hari kurang berfungsi untuk ginjalnya, maka selama hampir dua bulan beliau membuat rawatan secara cucian darah tiga kali seminggu di Hospital Serdang. Sebuah pengorbanan dan satu ujian khususnya untuk anak-anak, sepertimana enam tahun lalu semasa kami menguruskan rawatan allahyarham bonda yang kini hampir empat tahun meninggalkan kami. Kembali kepada persiapan, beberapa checklist telah dibuat dan ditambahbaik. Perancangan di peringkat awal untuk menyambut secara mudah sebagaimana kehandak Kak Yam, nikah di pejabat dan sambutan di rumah dengan hanya menjemput sana...