28092019 : Food Testing di SAHA CAFE Banting

28092019 : Food Testing di SAHA CAFE Banting

Perancangan awal ialah untuk join Food Testing di Hafiz Family & Catering di Damansara.
Walau bagaimanapun hasrat terpaksa dibatalkan kerana Ain dan Wati yang bakal turut serta tidak yakin untuk memandu jauh.
Maka temujanji pun dibatalkan kerana Farhan dan Nurnina agak full appointment hari ini dengan urusan mengemas rumah.

Namun setelah mendapat pilot Arif Johan, hasrat tersebut masih tidak dapat diteruskan kerana pihak Caterer telah mengubah temujanji ke Pahang.

Kami meneruskan untuk food test juga. Tapi lokasi dan tempatnya berubah. SAHA CAFE menjadi pertemuan kami adik beradik. Antara lunch talk ialah persiapan untuk majlis perkahwinan Nina.
Doa kami agar Caterer menepati janjinya kerana bayaran telah dibuat penuh.

Kami juga telah melihat prestasinya melalui fb yang friend mencecah sehingga 10K.
Walau apa pun biarlah perjalanan majlis dipermudahkan.




Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang