24092019 : Perancangan pernikahan Nurnina Irwani Zahari


24092019 : Perancangan pernikahan Nurnina Irwani Zahari

Hampir setahun tempoh pertunangan Nina, anak saudara sebelah arwah ibu. 
Kini tarikh pernikahan seperti yang dijanjikan hampir tiba. 
5.10.2019 seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak hampir tiba. 
Menjelang persiapan itu tahap kesihatan kakakku, Kak Yam semakin dibimbangi.

Apabila cucian air yang dilakukan di rumah setiap hari kurang berfungsi untuk ginjalnya, maka selama hampir dua bulan beliau membuat rawatan secara cucian darah tiga kali seminggu di Hospital Serdang.

Sebuah pengorbanan dan satu ujian khususnya untuk anak-anak, sepertimana enam tahun lalu semasa kami menguruskan rawatan allahyarham bonda yang kini hampir empat tahun meninggalkan kami.

Kembali kepada persiapan, beberapa checklist telah dibuat dan ditambahbaik.
Perancangan di peringkat awal untuk menyambut secara mudah sebagaimana kehandak Kak Yam, nikah di pejabat dan sambutan di rumah dengan hanya menjemput sanak saudara terapat dan sahabat handai anakanak terpaksa diubah kerana kurang sesuai.

Atas nasihat dan pandangan beberapa pihak, Alhamdulillah akhirnya beliau setuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada 4.10.2019 di rumah beliau di Sg. Tangkas.

Malam ini bakal pengantin datang ke rumah untuk persiapan akhir senarai semak. 

Semoga dipermudahkan dan majlis berjalan lancar.





Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang