29092019 : PENYERAHAN INFAQ EX JENAN 72/74 DI KAMPUNG ENDAH



29092019 : PENYERAHAN INFAQ  EX JENAN   72/74 DI KAMPUNG ENDAH

Alhamdulillah Bekas Pelajar SM Sultan Abdul Halim  1972/1974 seramai 40 orang bersama suami/isteri dalam siri Kembara ukhwah ex Jenan   telah dapat menyempurnakan penyerahan Infaq di masjid At Toyyibin Kampung Endah pada 29 Sep 2019 jam 11 pagi.

Seramai 20 orang  terdiri daripada penduduk Kampung Endah telah menerima infaq drp ex-Jenan 72/74 berdasarkan senarai nama  yang dikenalpasti oleh pihak Masjid.

SM Sultan Abdul Halim juga dikenali Sekolah Jenan berdasarkan lokasi Sekolah tersebut .
ex Jenan 1972/74 merupakan pelajar  yg terpilih daripada seluruh negara memasuki  tingkatan 4 pada tahun 1971 atas  tajaan biasiswa kerajaan di SM Sultan Abdul Halim/Jenan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh berdasarkan keputusan peperiksaan SRP 1970 dan mengambil Peperiksaan SPM di Jenan 1972.

Sebahagian besar pelajar terdiri daripada golongan anak2 orang miskin luar bandar.

Penempatan mereka ke Sekolah Berasrama penuh adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan ketika itu untuk membasmi kemiskinan melalui Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak bin Husein,  Perdana Menteri Malaysia  ke-2 .

Alhamdulillah  sebahagian besar ex- Jenan 72/74 telah berjaya meneruskan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, Universiti dalam dan Luar Negara. Mereka beroleh pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti,  Doktor, Jurutera, Hakim, Pegawai Tadbir dan Diplomati(PTD), guru, tokoh politik dan sebagainya.

Setelah berkhidmat lebih 35 tahun, kini mereka telah bersara  dan sebahagianya masih sihat dapat menjalankan pelbagai aktiviti.

Penyerahan infaq di Kampung Endah   merupakan sebahagian program Kembara ukhwah ex Jenan  bertujuan  menjalin dan memperkukuhkan lagi ukhwah dan silaturrahim dan sedikit sebanyak dapat menghulur bantuan kepada yg berkenaan.

Di Kampung Endah terdapat tiga orang bekas pelajar SM Sultan Abdul Halim;
1) Muhamad Jasman Jurami
2) Roslan Mispan
3) Dato Dr Karim Mansur.








Jutaan tkasih kepada Pegawai dan AJK Masjid At Toyyibin Kg Endah dan semua yg  terlibat dalam menjayakan majlis.

Tkasih kpd Dr Rafie Kaslan, Dr Pakar Patologi Hospital Putrajaya, merangkap Pengerusi Alumni STAR yg turut hadir membuat liputan bergambar. Gambar2 ada di upload dalam fb beliau.

Jutaan tkasih juga kerana peserta kembara dapat memperkukuhkan lagi Ukhwah dan silaturrahim  di Villa MJJana sambil menikmati khasiat air kelapa muda.

Mjj 29/9/2019


Pada malamnya pula kami berkesempatan membawa Sis dan kondangan di rumah Dato Poad Alias, di Jalan utama Kanchong Darat. Tahniah

Syukur kerana dikunjungi oleh teman lama MJJ, Md. Nor Othman dengan temannya daripada Riau.




Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang