20092019 : Spur di tumit kaki dan crown 20tahun tercabut

#togethertilljannah (Cafe CikGu, Tg. Sepat)
20092019 :  Spur di tumit kaki dan crown 20tahun tercabut 

Perancangan awal ialah untuk meneman MJJ mesyuarat audit di Lembaga Pertubuhan Peladang Tg. Sepat kerana beliau sebagai Auditor.

Sambil itu boleh saya ke klinik Pergigian tg. Sepat untuk buat scaling dan chek tumit yang sudah dua bulan sakit setiap kali memijak lantai terutama sewaktu pagi bangun tidur.

Rupa-rupanya lain yang jadi.




Atas nasihat doktor, xray telah dilakukan dan didapati satu spur tumbuh di bahagian bawah tumit.  Ia adalah faktor utama penyebab sakit. Tiada ubat dan dimaklumkan ia tidak akan hilang. Salah satu rawatan ialah steroid injection di klinik swasta di samping memakai sandal yang lembut.

Ya Allah, sepuluh tahun lalu pernah ia terjadi di kaki sebelah kanan, kali ini sebelah kiri.

InsyaAllah akan kuusahakan rawatan.

Memandangakan saya suka melakukan kerja-kerja =shooting two birds at one shot, saya juga telah menemui dentist.
Kebetulan semasa menggosok gigi, tertanggal pula satu crouwn yang saya pasang 20 tahun lalu di Segambut. 
Menurut dentist walaupun akar gigi masih baik namun tiada tunggul gigi untuk support  jika rawatan akar dilakukan.

Oleh itu teruskanlah cabutan yang mengambil masa kirakira 50 minit.
Subhanalllah.

nasihat untuk generasi muda: jagalah tapak kaki dan gigi sementara masih muda. 

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang