26112018: MENYELUSURI MASYARAKAT JAWA
MENYELUSURI
MASYARAKAT JAWA
Sejarah
penghijrahan
Sebahagian
besar generasi pertama penduduk Kg
Endah, Kanchong Darat, Sungai Lang dan kampung-kampung lain di sekitar Banting
Kuala Langat Selangor adalah berasal dari kampung-kampung di Pulau Jawa
terutama dari Kebumen JawaTengah.
Masyarakat
keturunan Jawa juga ramai terdapat di
Kelang,Tanjung Karang, Sabak Bernam Selangor, Muar, Pontian, Batu Pahat Johor, Tapah
dan Bagan Datok Perak. Mereka berasal
dari pelbagai tempat di Jawa termasuk Pacitan, Magelang dan Ponorogo. Mereka
telah berhijrah ke Malaya @ Tanah Melayu
seawal abad ke 19 semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.
Semasa
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15
perkampungan Jawa telah wujud di Melaka. Saudagar @ pedagang Jawa
membantu membekalkan makanan kepada Melaka ketika serangan Potugis 1511.
Faktor sosio ekonomi dan politik mendorong anak-anak
muda masyrakat Jawa ketika itu merantau ke luar
kampung hingga ke Malaya seperti juga anak-anak muda Minangkabau, Bugis,
Banjar, Aceh dan sebagainya. Ketika itu
Tanah Melayu masih dibawah jajahan Inggeris manakala Indonesia di bawah jajahan Belanda.
Hakikatnya
penghijrahan penduduk pelbagai suku bangsa Melayu dari kepulauan Indonesia
termasuk dari pulau Jawa ke Tanah Melayu @ Malaya adalah merupakan perantauan penduduk dalam gugusan wilayah yang sama iaitu masih
dalam wilayah Melayu Nusantara. Mereka merantau
atas inisiatif sendiri, terpengaruh dengan rakan dan ada yang
dibawa saudagar Arab untuk memperoleh
rezeki dan kehidupan yg lebih baik dan hasrat untuk menunaikan haji. Terdapat juga yang minggat @
melarikan diri dari buruan penjajah Belanda atau isu keluarga.
Apabila
sampai ke Malaya mereka membuka perkampungan bekerja sebagai petani. Ada yang
bekerja mengikut majikan yang telah membiayai kos kedatangan mereka. Mereka
bekerja dalam tempoh 2 hingga 3 tahun dengan hanya diberikan tempat tinggal,
makan minum hingga mendapat gelaran Jawa
Kontrak.
Selain
saudagar Arab yg membuka ladang kelapa dan kopi di Johor, majikan orang2 Jawa
ketika itu juga termasuk pembesar Istana, penduduk tempatan dan masyarakat Jawa yg telah berhijrah ke
Malaya lebih awal. Ada anak-anak gadis majikan yang tertarik dan berkahwin
dengan Jawa kontrak yang bekerja dengan keluarganya.
Pendudukan
Jepun, ancaman Komunis dan suasana peperangan, kesusahan, penderitaan,
keperitan hidup telah tidak memungkinkan mereka sebagai anak perantau untuk
pulang ke tanah air. Sebaliknya mereka
rela atau terpaksa untuk tinggal menetap @ bermastautin di Malaya
walaupun dengan penuh kesengsaraan dan penderitaan ketika Tanah Melayu
diperintah Jepun dan menghadapi ancaman
komunis.
Ketika itu ada yang menganggotai 'home guard'
di bawah pentadbiran British bagi membantu mengawal keselamatan dan ada yang
secara terpaksa atau tanpa disedari telah diperalatkan komunis.
Sebagai
anak perantau yang menghadapi pelbagai
risiko, ada antara mereka mempunyai ilmu kebatinan yang dipercayai boleh mempertahankan diri dari musuh.
Hakikatnya
Wilayah Melayu Nusantara telah terpisah berikutan perjanjian Inggeris- Belanda
1824.
Apabila
memperoleh kemerdekaan kepulauan Melayu Nusantara di bawah penjajahan Belanda
mewujudkan Negara Indonesia, manakala wilayah
Melayu Nusantara bekas tanah jajahan Inggeris iaitu Semenajung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk
Malaysia. Seluruh keturunan Melayu Nusantara yang beragama Islam dan
telah bemastautin di Tanah Melayu semasa kemerdekaan termasuk Minangkabau, Bugis, Banjar, Acheh
dan Jawa adalah merupakan orang Melayu, termaktub dalam
perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia. Mereka telah turut sama berjuang
menentang penjajah, menentang Malayan Union dan mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu.
Kini
setelah lebih 60 tahun negara merdeka dan Pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan
(PH)selepas PRU Ke 14, adalah amat dirapkan agar negara terus aman, wujud
kesinambungan pembangunan dan mencapai negara maju menjelang 2025. Namun orang
Melayu masih penuh harapan agar Kerajaan Baru PH masih dapat mematuhi kontrak sosial dan perkara 153 Perlembagaan
Malaysia berhubung dengan hak keistimewaan orang Melayu.
Hakikatnya
orang Melayu keturunan Jawa telah bersama membangunkan negara, turut
menganggotai pentadbiran dan perkhidmatan Awan, menganggotai Tentera dan Polis
dalam mempertahankan keselamatan negara.
Masyarakat
Jawa yang terkenal dengan kerajinan dan
ketekunannya merupakan petani mengusahakan tanaman kelapa kopi, ubi, keladi, pesawah
dan penternak; pengeluar makanan utama negara.
Integrasi melalui perkahwinan merentas
sempadan berlaku dan pasangan suami atau
isteri tidak lagi terbatas sesama masyakat Jawa.
Kini
generasi ke tiga keempat masyakat Jawa ramai yang tidak boleh bertutur dalam
bahasa Jawa, mereka menggunakan Bahasa
Melayu Malaysia sepenuhnya dalam pertuturan seharian.
Menyelusuri
Kampung asal
Perkampungan
asal generasi pertama masyarakat Jawa yg berhijrah ke Malaya ketika penjajahan
Belanda tentunya masih terlalu mundur, dhaif
dan taraf hidup yg diselubungi kemiskinan .
Kini
kampung-kampung di Kebumen seperti Kg Tanjung Sari dan Jelegi di Kebumen Jawa
Tengah dan kg Chikaso, Banjar Jawa Barat semakin bertambah maju dan taraf hidup
yg lebih baik dengan pekerjaan utama sebagai pesawah, petani dan ada yang
pedagang @ peniaga.Ada juga yang menternak ayam itik kambing dan lembu
bersebelahan rumah.
Kehidupan
peniaga nampak jelas lebih mewah berbanding pesawah dan petani.
Kira-kira
35 tahun yang lalu ketika pertamakali penulis membuat lawatan ke pulau Jawa
masih terdapat banyak rumah-rumah berdinding kulit kayu yg dianyam dan
berlantai buluh, lepakan simin dan tanah. Kini rumah kediamam berdinding batu
bata dan lantai bertile. Dahulu masih menggunakan dian @ lampu pelita, kini ada
bekalan letrik dan mempunyai TV.
Kini
jalan-jalan kampung di pulau Jawa bertar dan perparitan berdinding
konkrit. Motosikal digunakan untuk
membawa dagangan ke pasar termasuk di Pasar
Kutawinangun.
Berbeza
dengan dahulu, barang dagangan di pikul @ di kandar dengan berjalan kaki
kepasar.
Kini
kereta sewa dan motosikal telah digunakan untuk pengangkutan. Bagaimanapun
kenderaan berkuda yang membawa penumpang @ dhokar masih digunakan.
Bekalan air bersih masih daripada perigi
tetapi telah mempunyai tembok batu @ kolong. Air perigi dipam melalui saluran
paip air.
Dari
aspek kepimpinannya, Kepala Desa dipilih melalui pilihanraya dalam kalangan
penduduknya. Kepimpinannya nampak berkesan, meyakinkan, mendapat kerjasama
seluruh penduduk, melicinkan usaha pembangunan dan keselamatan kampungnya.
Di
sesetengah kampung seperti di desa Chikaso Jawa Barat keliling rumah kelihatan
amat bersih, lebih cantik dengan tanaman
bunga dan hiasan yang menarik. Bagi menjaga kebersihan masing2 bertanggungjawab
memastikan pelupusan sampah dibuat dengan menanamnya di lubang sampah berhampiran
rumah.
Taraf
hidup yg lebih baik dan pendedahan keagamaan yg meluas telah nemberikan peluang
dan ruang masa yang lebih untuk penduduknya menjalankan aktiviti keagamaan
termasuk golongan wanitanya.
Muhamad
Jasman Jurami @ MJJ
26
Nov 2018
Penulis membuat lawatan ke Kampung2 di pulau
Jawa pada 1984 dan terkini Nov 2018
Comments
Post a Comment