26092018: (Rabu): Kebersihan dan kaedah 5S, MJJana
#togethertilljannah |
26092018: (Rabu): Kebersihan dan kaedah
5S, MJJana
Kebersihan adalah dituntut dalam Islam.
Salah satu sikap semulajadi saya ialah suka persekitaran yang bersih. Daripada pakaian, rumah, kereta apatah lagi
makanan memang saya cukup cerewet.
Pernah dahulu ada orang cop saya sebagai perfectionist, tapi tidaklah
sampai ke tahap melipat baju diukur sama panjang dan lipatannya seperti ada
sesetengah orang. Atau sehingga jemur pakaian diasingkan mengikut jenis
pakaian, walaupun ada kalanya cantik bila melihat jemuran tersusun sebegitu
rupa.
Kriteria itu mungkin terbawa-bawa daripada sikap yang diajar oleh arwah
ibu saya, Hjh. Sukiah Hj. Abdul Jalil.
Teringat bagaimana situasi semasa kecil dulu.
Selepas makan kena pastikan kemas.. macam cerita oshin sebuah drama
Jepun bersiri yang pernah disiarkan setiap jam 5.00 petang pada awal tahun
80an. Daripada meja hinggalah tempat
memasak. Kena pastikan segala peralatan
memasak terlangkup dan sedia guna untuk next chef. Memang betul, amat membantu
dari segi persiapan masakan dan lapang minda memandangnya.
Teringat arwah yang sentiasa memastikan dapur benar-benar bersih sebelum
memulakan tugasan memasak. Kriteria ini
terbawa-bawa ke dalam diri saya.
Pada peringkat awal perkahwinan sikap ini agak kurang disenangi oleh MJJ
malah kebanyakan Pembantu Rumah sudah faham sikap saya, namun sukar juga
bertoleransi.
Tolak ansur dengan mereka perlu kerana memahami mereka esp Pembantu
Rumah dibayar perkhidmatannyaa untuk menguruskan anak-anak yang semasa itu
seperti anak tangga yang tidak jauh jarak umur mereka, Hakimah, Syafiq, Hafiz
dan Hazim.
Faktor kebersihan juga merupakan salah satu factor saya kurang
menggemari kedai mamak atau makan di luar. Kalau sesekali makan diluar pun,
saya perlu memastikan kedai/restoren/warong itu menjaga kebersihan selain dari
factor sedap dan layanan.
Kini apabila tinggal berdua dan setelah 31 tahun bersama, MJJ sudah amat
memahami sikap saya itu.
Sekurang-kurangnya enam bulan sekali, overhall bilik, stor dan sebulan
sekali kitchenware bagi memastikan ianya tersusun dan sedap mata memandang. Kerja-kerja
ini memang perlu saya yang melakukannya. Yang penting tidak mengalihkan
barang-barang hakmilik peribadi MJJ. Kalau dialihkan perlu diperingatkan
berkali-kali sebelum perkata MANA didengari berkali-kali di telinga saya.
Satu perkara habit MJJ ialah beliau akan mudah mengingati tempat pertama
dimana meletakkan barang terutama barang peribadinya. Kalau sekali dialih, beliau akan mengambil masa
yang lama untuk mengingati kerana dimindanya masih melekat tempat pertama tadi.
Tetapi kalau cerita tajuk politik dan sejarah, dalam sekelip mata beliau boleh
ingat. Setiap manusia ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Itulah kita
yang dinamakan manusia yang serba kekurangan.
Saya rasa kebanyakan lelaki adalah begitu. Teringat saya kepada rakan lelaki sepejabat
semasa berkhidmat di Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, SPRM.
Kalau masuk bilik beliau, rasa mahu pitam dibuatnya. Segala longgokan fail dan pelbagai stuff
terletak bukan sahaja di atas meja, disudut setiap hujung meja ada sahaja
longgokan fail.
Belum cerita dalam cabinet (saya jangkakan dalam cabinet mungkin kosong
kerana kebanyakan fail berada di luar cabinet).
Yang peliknya beliau boleh tahu dimana letaknya segala fail-fail
berkenaan. Manusia sebegini pun ada. Dan
tidak pelik, MJJ pun lebih kurang sama sebegitu. Tidak hairanlah
berlonggok-longgok pelbagai beg seminar/kursus dan folder. Beliau suka buat koleksi. Berbeza dengan
saya, walaupun koleksi itu satu kemestian sebagai bahan kenangan dan sejarah,
tepi koleksi saya bertanda mengikut tajuk.
Teringat kata-kata Hazim, ada kala membuka salah satu beg seminar MJJ,
bukan sahaja dokumen yang tersimpan rapi, malah kadang kala pensil, air mineral
dan roti gardenia pun masih belum dibuka dari plastic pun masih ada. Itulah dia.
Alhamdulillah setiap operasi mengemas saya lakukan setiap kali pindah,
terutama apabila pindah rumah. Bukan
apa, kalau tidak dikemas, tiada tempat penyimpanan kerana bertambahnya ahli
keluarga, maka akan bertambahlah barang dan koleksi.
Sebab itu rumah kami menyediakan stor khusus untuk koleksi beliau.
Beliau cukup berhati-hati dan sayang untuk membuang. Contoh envelope kosong sumbangan dari sahabat
handai dan saudara mara semasa perkahwinan Kimah, lima tahun dahulu pun masih
tersimpan dalam kotak, tidak saya usik.
Itu belum cerita segala deraf dokumen semasa bekerja…Subhanallah, semoga
satu hari nanti MJJ dapat meluangkan masa untuk menapis segala barangan beliau
mengikut kaedah 5S.
Itulah MJJ dan saya apabila bercerita tentang koleksi barang. Waimma apa pun, sikap toleransi dan bertolak
ansur menjadikan kami pasangan yang acap kali kelihatan serasi dan punya
chemistry yang tersendiri. Apabila salah seorang daripada kami sudah tiada,
semoga ianya sentiasa menjadi kenangan masing-masing. Hakikatnya Allah sahaja
yang tahu. Semoga hubungan kami terus bahagia hingga ke Jannah.
Maklumlah bercinta selepas bersara
selepas dua tahun menggunakan telefon TMnet, baru sedar rosak kerana lama tidak diguna. Yang penting telefon lama boleh dibuang, x perlu jadi bahan bukti atau bahan sejarah :) |
terjumpa Nurul selepas urusan menukar wang siling di Maybank Putrajaya |
Comments
Post a Comment