25092018: (Selasa) Orang Memberi Kita Merasa, Rezeki sama di rasa
25092018: (Selasa) Orang Memberi Kita
Merasa, Rezeki sama di rasa
Semalam saya mencatatkan tentang juadah. Setiap kali menyediakan juadah,
teringat ahli keluarga yang jauh tidak dapat menikmati bersama. Penyediaan menu
untuk dua pax (kami berdua) memang betul-betul memerlukan tahap kesabaran yang
tinggi, ketelitian dan tahap kerajinan yang tinggi serta sokongan moral di
antara suami isteri. Pada saya
menyediakan juadah untuk empat orang lebih praktikal dan lebih berbaloi. Worth
for money.
Kebiasaannya saya akan menyediakan lauk pauk untuk anggaran empat orang
kerana masa dan bahan penyediaan serta pembersihan barangan dapur yang
digunakan adalah lebih kurang sama banyak. Hasil juadah, saya akan agihkan
kepda sahabat handai yang telah dikenalpasti atau saudara mara terdekat untuk
sama-sama merasa. Kami hanya asingkan
sukatan untuk kami berdua awal-awal lagi agar portion yang dimakan adalah cukup
untuk keperluan kami.
Ini disebabkan kami tidak suka makan menu yang sama untuk lunch dan dinner. Orang kata, sekali masak, makan habis tiada
berbaki. Lagipun kebiasaannya kami cuba
amalkan makan nasi sekali sahaja sehari.
Biasanya sebelah malam, menu dinner ialah mee, kueyteow, roti jala, roti
dan sebagainya. Kalau nasi pun ianya dipadankan
dengan lauk simple seperti tomyamm dan telor dadar lauk kegemaran MJJ. Saya
tidak suka menyimpan saki baki makanan di dalam peti ais. X fresh dan agak jemu kalau makan kali kedua.
Berbeza dengan zaman dahulu yang mana tiada pelbagai kemudahan memasak dan
peralatan komunikasi, kebanyakkan secara manual dengan dapur tungku lagi. Jadi
orang-orang tuan kita memang selalu mengingatkan masak nasi biarlah awal dan
lebih (dikhuatiri ada tetamu datang).
Masalah yang timbul kemudian ialah apabila makanan terutama lauk pauk diperhangatkan,
ianya sudah menjadi lain rasanya dan ada kala terpaksa dibuang kerana sudah
kurang enak untuk dimakan dan dikhuatiri memudaratkan.
Syukurlah kita dan kami dapat merasa hasil inovasi sekarang yang banyak
menjimatkan masa dan tenaga. Nikmat apa
lagi yang kau dustakan.
Oleh itu kepada saudara mara dan sahabat handai yang berhajat untuk
berkunjung ke Villa MJJana dan merasa hasil tangan kami, kena maklumkan
terlebih awal bagi selainkan memastikan kami bersedia menerima kedatangan
tetamu disamping menyediakan juadah seadanya.
Semenjak kami duduk di Villa MJJana ini memang agak mewah rezeki makanan
dan doa dari sahabat handai. Ada sahaja rezeki terutama bahan-bahan mentah
pemberi orang kampung terutama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai
tidak menghampakan pemberian, kita terima juga dan sebagai balasan hasil
tanaman kami pula diberikan semasa memuai hasil. Orang memberi kita merasa. Alhamdulillah.
Syukur atas nikmatmu Ya Allah dan terima kasih kepada yang mendoakan
kami murah rezeki dan terus diberi kesihatan untuk menjadikan bahan-bahan
mentah itu sebagai masakan yang boleh dimakan.
Jangan sampai rosak pahala sedekah, hasil hasutan syaitan. Sekadar
peringatan untuk diri sendiri juga.
Yang membatalkan sedekah
1. Bila orang itu bukan
Islam, berlainan agama tidak dapat pahala.
2.
Bersedekah kerana hendak menunjuk-nunjuk supaya dipanggil sebagai
dermawan, pemurah, disanjung dan dipandang mulia.
3.
Orang yang suka mengungkit, (Al Mannan).
1. Bila berlaku apa-apa ..kata
menyesalnya bagi.
2. Bercerita pada orang apa yang
disedekahkan dan siapa yang dibantu
4.
Kita menyakiti dengan kata-kata yang kesat (pergunakan dia) orang yang
telah dibantu
Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah.
Ada kala juga semasa menyediakan kuih muih yang agak rumit disediakan,
maka fikiran melayang kepda anak-anak yang jauh di mata. Pada kebiasaannya, kuih yang saya sediakan
ialah kuih-kuih yang juga menjadi kegemaran saya semasa kecil yang dibuat oleh
arwah emak atau Kak Yam. Antaranya koci labu, koci keledek, lopis, kasui,
habuk-habuk, bubur candil, bubur kacang dan seumpamanya.
Semalam saya menyediakan juadah masak
lemak cili api rebung dan udang untuk makan tengahari hasil daripada pemberian
rebung dari seorang makcik di kampung. Alhamdullillah. Semoga berpanjangan
pahala kepada orang-orang lain yang turut merasa nikmatnya. Amiin.
Comments
Post a Comment