24092018: Video Call dan gambar melalui aplikasi Whatssapp pengubat rindu MJJana: What goes around comes around


24092018: Video Call dan gambar  pengubat rindu MJJana: What goes around comes around

Pagi kelmarin Hafiz balik kampung. Last berjumpa ialah tiga minggu lalu.  Terasa begitu lama sekali. Sekadar mendapat berita melalui dunia maya.  Terubat sedikit rindu pada anak-anak untuk spend hujung minggu itu.  


Kebetulan hari Sabtu kelmarin, tiada jemputan perkahwinan, jadi kami merancang untuk berkemas rumah dan bersama Hafiz memetik buah pulasan hujungan yang dijangkakan sudah banyak yang sudah tidak boleh dimakan, di samping memetik hasil pokok pisang, nangka dan kelapa. 
Hari Ahad dah penuh undangan perkahwinan, Hafiz pilotnya lah.

kalau dahulu dahan pokok sebegini memang port yang paling selesa untuk relax.

Sepuluh hari lalu, Hafiz berkelana ke Indonesia dengan ditemani rakan permotorannya bagi menjelajahi negara jiran dengan menggunakan motosikal. Selain memenuhi hobi, beliau juga ingin melihat keindahan pemandangan ciptaan Ilahi disamping menimba ilmu. 

Tiket penerbangan landing ke Jakarta, balik dari Surabaya dengan membawa ole-ole helmet yang dibeli di sana. Nasib baik tidak membawa motorsikal dari sana, sekadar menyewa untuk menuju ke destinasi yang dekat.  Sementara destinasi yang jauh menaiki train. Alhamdulillah, dengan izinNya, syukur tidak berlaku sebarang bencana yang membimbangkan.

Satu ketika kami hendak adjudst masa untuk pergi bersama ke kampung saudara mara di Kebumen, Kebetulan cuti panjang digunakan untuk memenuhi cita-cita menjejalah ke beberapa Negara  di sana, namun tidak kesampaian kerana itinary trip berlainan.

“Sementara single lagi” katanya. 
Hendak ditegah, sudah dewasa dan keinginan untuk meneroka kawasan itu telah lama dipendam.  Oleh itu hanya doa yang dapat saya kirimkan sepanjang berkelana.


Syafiq pula sebok dengan kelas renang di setiap hujung minggu.  Alhamdulillah sesekali beliau masih boleh meluangkan masa untuk balik menjenguk kami semasa tiada komitment kelas terutama di hari bekerja.

Sementara hujung minggu ini Hazim dengan Ameera pula bercuti di Pulau PhiPhi Thailand, mungkin belum puas berhoneymoon lagi. Semoga mereka terus dapat mencari keserasian dalam berumah tangga dan menunjukkan ciri-ciri yang baik dalam keluarga kami.




  
Liyana pula sedang menumpukan masa di semester pertama di UIA Kuantan.  Tidak lama lagi cuti semester pertama dua minggu. Atas permintaannya juga kami bersetuju untuk membawa beliau ke Yogjakarta semasa cuti semester untuk mengunjungi saudara mara sebelah MJJ.








Hakimah, Zamri, Ammar dan Zara pula hampir setiap hari kami ber video call untuk melepas rindu.  Ada kalanya memadai sekadar melihat gelagat  dan celoteh dua orang cucu kami. 














Alhamdulillah diberi perkhabaran bulan lalu, ada tanda-tanda Zara bakal beradik lagi yang dijangkakan bulan Mac 2019.  Semoga dipermudahkan urusan mereka di sana. Harap-harap kali ini dapatlah Kima berpantang di Villa MJJana pula.  Pernah saya berseloroh dengan mereka, kalau tak menang tangan nak jaga, Zara boleh tinggal dengan kami. 

&@#$%** itulah reaksi Zamri dan Hakimah. Amacam…

Teringat semasa anak-anak kami kecil dahulu. Ada kalanya kami tidak menang tangan menjaga mereka kerana kekangan kerja dan  kerjaya.  Tambah pula semasa ketiadaan pengasuh  yang pelbagai gelagat, sehingga ada kalanya terpaksa kami meninggalkan anak-anak yang masih kecil bersama arwah mak yang kebetulan memang sentiasa bersedia untuk ditemani cucu-cucu kerana sewaktu itu anak bongsunya, Najib pun dah remaja.

Syafiq yang ketika itu berusia enam tahun pernah tinggal bersama arwah emak sama selama enam bulan. Pernah bersekolah di Tadika Pasti Kak Muslimah di Jalan Pulai. Ketika itu arwah emak masih bertenaga membonceng Syafiq guna basikal. Di samping itu sebenarnya pada waktu itu arwah emak saya terlalu sunyi dan begitu teruja apabila Syafiq hendak ditinggalkan bersama beliau sebagai kawan dan peneman bercerita.  Hazim pula selama sebulan bersama pengasuh kerana sewaktu itu saya ke Jepun.

Memang tidak sampai hati untuk meninggalkannya, tambah pula untuk mengelakkan daripada tohmahan masyarakat sekeliling, kenapa tinggalkan anak pada nenek untuk menjaganya.  Tapi apakan daya, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Senang cerita sebagai penglipur lara. 
Saya anggap ianya ialah salah satu kaedah teraphy  untuk mengubati kerinduan kepada seorang cucu. 

Kini saya pula yang merasainya.
What goes around comes around. 
Itulah dunia dan kehidupan.







Kepada anak-anak yang tidak balik hanya salam kerinduan yang boleh diucapkan melalui video call sahaja. Atau ada kalanya sekadar melihat upload juadah breakfast, lunch atau dinner. Cukup untuk mengubat kerinduan.  

Ada kalanya apabila kami memasak atau makan juadah yang bermacam-macam disini, sentiasa teringat anak-anak dan cucu-cucu terutama makanan kegemaran mereka yang sukar diperolehi di kawasan mereka.  

Ini pun berlaku serupa semasa arwah mak ada. 

Setiap kali ada makanan  atau buahan kegemaran saya, arwah mak akan menalifon saya memaklumkan dengan harapan agar saya balik. 

Ya Allah, kini saya yang merasa pula.
Al fatehah untuk semua orang tua kita yang telah mendahului menemui Yang Maha Esa.

Al fatehah.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang