11072018 : warna warni bunga kertas di luar pagar

11072018 : warna warni bunga kertas di luar pagar

Bougainvillea atau pokok bunga kertas yang mempunyai bunga berwarna-warni yang sentiasa berbunga lebat berjaya menarik minat saya untuk menanamnya.
Memandangkan ruang yang agak terhad, saya menanamnya di pasu sahaja dan mendedahkan pada sinaran matahari terik. Dua tahun lepas saya tanam di antara pokok kelapa, namun ia terlalu cepat pertumbuhannya dan ada juga pokok yang kurang mengeluarkan bunga kerana terlindung dari cahaya matahari


.
Setakat ini sebanyak 12 pasu yang ada dan melibatkan kawasan luar pagar bersebelahan dengan jalan kecil yang dipisahkan dengan pokok kelapa hanya ditanam dengan pokok bucida yang kehijauan muda daunnya, dengan bantuan MJJ, sebanyak lima pasu pokok bunga kertas telah dipindahkan berselang seli dengan pokok bucida bagi mewarnawarnikan landscape.

Semoga warna warni ceria bunga kertas yang sentiasa mengembang ini turut memberi aura keceriaan dalam kehidupan saya, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang