18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang

18032019 :  Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang
Kumpulan wanita merupakan komuniti besar di Kg. Endah.  Bagi menarik perhatian mereka agar terlibat dalam Kem Kesihatan Komuniti, saya mencadangkan agar diadakan satu pertandingan menggubah telekung hantaran selain daripada Pertandingan menyediakan Sandwich.

Ide asal ini telah ditambah baik oleh Puan Shima  agar telekung ditukar kepada tuala dan sandwich ditukar kepada pencuci mulut, ide Haniza.

Peserta pertandingan telah diwarwarkan kepada komuniti Kg. Endah dan Kuala Langat. Memandangkan penyertaan baru 40% saya telah panjangkan kepada beberapa group whatsapp termasuk Alumni STAR. Alhamdulillah beberapa penyertaan telah penuh sehingga 10 peserta.

Pada peringkat awal agak sukar juga mereka menggubahnya sehingga saya bagi hint tanya Mr. google. Semoga bermanfaaat.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan